Flickr

Lawak pendek 3

| 03 November 2010

5+5 = 11
mathematics3.jpg
Sani murid tahun 2 yang agak lembab dan suka menyendiri. Cikgu yang paling dia takut ialah Cikgu Kumar, guru matematik sekolahnya. Dengar suara Sir Kumar menengkig rasa nak terkencing. Suatu hari Sir Kumar memulakan kelas dengan menguji kecekapan congak anak muridnya. Semua murid berdiri dan kalau tak dapat jawab, berdiri atas kerusi. Semua murid mesti jawab spontan.. tak boleh kira..
Bila tiba giliran Sani, Sir Kumar menengking 5 + 5 berapa? Cepat!!!!!. Sani cuba mengira secara sorok. Dia memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket seluar. Bergerak-gerak seluarnya kerana menghitung… rasa nak terkencing pun ada sebab takut… Sir Kumar senyum melihat telatah Sani. Cepat Sani.. 5 + 5 berapa.. 11 cikgu…
Sir Kumar senggih sambil keluar kelas… .


Bahaya guna Digi
95710.jpg
Kajian tebaru mendapati Digi (016/014) tidak selamat digunakan.
Apabila anda guna line Digi dan rakamkan dalam camera, dan perhatikan elok-elok… . anda boleh perhatikan kelibat seekor penunggu bewarna kuning akan mangekori pengguna tersebut. Jin atau toyol kuning ini akan ikut anda ke mana-mana: laut, gunung, hutan, dalam komuter, malahan dalam kereta lalu kat terowong pun dia ada gak.
Tak seram ke bila sentiasa diekori macam tu? Dah lah botak, pendek, tembam dan berwarna kuning cerah, makhluk ni jugak akan mengajuk-ajuk pergerakan anda! Pada masa yang sama, mereka akan menari-nari dan menyanyi lagi “I will follow You” dari filem ‘Sister Act 1′ yang diubahsuai liriknya.
So, hati-hati dengan pengguna Digi yang dekat dengan anda, kerana anda diperhatikan. Gunalah Celcom atau Maxis, macam saya.
P/s: Ni bukan rekaan. Tetapi saya lihat sendiri dengan mata saya kat TV baru-baru ini. Unbelievable? Believe it!


Wasiat Nenek Ani
images.jpeg
Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, …..
Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.
Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.
Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut
Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah…..
“Din, … . kau janganlah berdiri di atas saluran oksigen aku tu”


Jangan yakin sangat selepas pembedahan
Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata “Syukurlah, semuanya sudah berlalu.”
“Jangan terlalu yakin,” kata Akhbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. “Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!”
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, “Minggu lepas, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.”
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru “Ada sesiapa yang nampak handphone saya?”
?????

2 comments:

Anonymous said...

x phm yg pertame la..nape cikgu kumar keluar kelas?

~ DanieL AdiE ~

Ariz Abdullah said...

ntah le..cikgu kumar pon tak gitau abg kenapa dia kuar..tpi yang tang dia sengih tu tau la nape..adie tau kan???hehhee..ke nak abg gitau?kekeke

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Blog Archive

Website counter