Apa yer? ini adalah mengenai penyakit cacar air..ok..jom baca nih..
SAYA berusia 34 tahun dan kini hamil anak ketiga. Kandungan saya kini berusia tujuh bulan. Sewaktu saya pergi mendapatkan pemeriksaan susulan mengandung di klinik baru-baru ini, saya perhatikan seorang wanita duduk berselang satu kerusi daripada saya seperti mempunyai chicken pox.
Setelah bertanyakan kepadanya, dia memberitahu mengesyaki dirinya mengalami chicken pox. Suami terus mengajak saya berpindah tempat kerana bimbang saya dijangkiti.
Adakah saya berisiko dijangkiti walaupun saya berada berhampirannya untuk tempoh 15 hingga 20 minit? Jika ya, adakah ia membahayakan kandungan saya? Saya sangat bimbang.
IMA
Kuala Lumpur
PENYAKIT chicken pox lebih dikenali sebagai penyakit cacar. Dalam dunia perubatan pula, ia disebut varicella.
Varicella disebabkan oleh virus herpes zoster (VZV), ia sangat mudah berjangkit. Apabila dijangkiti pertama kalinya sewaktu dewasa, ia berpotensi menyebabkan komplikasi lebih serius dan bukan hanya setakat demam panas yang diikuti dengan kemunculan bintil berair gatal yang kemudian pecah, berkuping, mengering dan kemudian sembuh seperti pada kanak-kanak.
Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang dahulu kerana kebanyakan orang dewasa (mungkin termasuk anda) sudah imun terhadap penyakit cacar ini. Secara prinsipnya, setelah seseorang dijangkiti cacar, dia tidak akan dijangkiti lagi.
Anda mungkin sudah pernah mengalami cacar sebelum ini, maka anda tidak perlu bimbang. Anda boleh menyuarakan insiden terbabit kepada doktor anda.
Untuk makluman, risiko seseorang yang sedang mengalami cacar untuk menjangkiti seseorang lain (yang belum dijangkiti sebelumnya) lebih tinggi apabila:
- Bersentuhan.
- Berada secara berhadapan.
- Berada di dalam ruang atau bilik yang sama lebih daripada 15 minit.
- Merokok.
- Mengambil ubat atau produk mengandungi steroid atau mengalami sistem imun yang rendah.
- Mempunyai penyakit berkaitan pernafasan.
- Usia kandungannya melebihi 20 minggu.
Fasa berjangkit adalah dari seawal dua hari sebelum kemunculan ruam sehinggalah setelah bintil air itu menjadi kuping mengeras. Itulah sebabnya, mereka yang mengesyaki dirinya mengalami cacar disarankan 'mengurungkan' diri jauh dari tempat awam.
Apabila ke klinik mendapatkan rawatan, hendaklah memberitahu kakitangan atau pembantu doktor agar gilirannya disegerakan ataupun dia diasingkan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain yang menunggu mendapatkan rawatan di situ.
Pada usia tujuh bulan (sekitar 30 minggu), organ janin sudah pun terbentuk, maka kemungkinan untuk jangkitan VZV menyebabkan kecacatan organ atau anggota janin sangat rendah.
Ujian darah anda dapat mengesan kehadiran antibodi terhadapnya (VZV IgG) untuk mengetahui sama ada anda benar sudah imun terhadap cacar sebelum itu. Jika sudah imun, anda tidak perlu bimbang.
Jika anda belum imun (tidak mempunyai VZV IgG), anda mungkin akan diberikan suntikan immunoglobulin (VZIgG). Sekiranya kelak anda mengalami demam dan ruam atau tanda lain seperti masalah pernafasan dan pendarahan, anda hendaklah segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Ia mungkin muncul dalam masa satu hingga tiga minggu anda terdedah kepada kuman terbabit. Dalam keadaan ini, doktor mungkin akan memberikan anda ubat antivirus yang mengandungi bahan acyclovir untuk memendekkan tempoh simptom (demam dan ruam), bagaimanapun ubat ini tidak menghalang kemungkinan virus memasuki tubuh janin anda.
Memandangkan pada usia kehamilan tujuh bulan ini, sifat fizikal janin sudah terbentuk lengkap, kesan kecacatan terhadap janin dijangka tidak berlaku. Malah kajian menunjukkan belum ada lagi laporan kes sindrom varicella fetus bagi jangkitan yang berlaku selepas 28 minggu kehamilan.
Kesan jangkitan cacar terhadap janin yang mungkin ada hanya ruam dan ini tidak dapat dilihat melalui ultrabunyi. Bagaimanapun, setelah dilahirkan, doktor masih akan melakukan pemeriksaan fizikal, pemeriksaan penglihatan bayi dan ujian darah serologi bagi mengetahui sama ada bayi sudah dijangkiti sewaktu kandungan.
Kadangkala tubuh bayi mungkin menunjukkan bekas parut ruam akibat jangkitan in-utero menandakan bayi anda mungkin sudah dijangkiti cacar sewaktu dalam kandungan.
Selain itu, satu keadaan lain iaitu penyakit kayap (shingles atau Herper Zoster) boleh berlaku menandakan serangan kedua atau serangan berulang VZV bagi mereka yang sebelumnya pernah dijangkiti (dan imun) cacar.
Ini kerana, setelah jangkitan pertama, virus VZV boleh kekal di dalam ganglion saraf tertentu tubuh seseorang dan boleh muncul keluar kembali (terutamanya apabila sistem imun menjadi rendah) memberikan simptom menyamai cacar (ruam dan bintil berair) tetapi coraknya terhad kepada kawasan kulit yang dibekalkan saraf terbabit.
Walaupun lebih rendah risikonya, VZV daripada kayap boleh menjangkiti orang lain terutamanya apabila terdedah seperti kawasan muka dan tangan kerana lebih berisiko bersentuhan.
Lebih selamat sekiranya wanita hamil mengetahui status imun terhadap cacar dan mengelakkan diri daripada bersentuhan atau berdekatan dengan mereka yang sedang mengalami cacar atau kayap.
Nasib bek aku pernah kena chiken pox..
sumber : KLIK DISINI

No comments:
Post a Comment