Flickr

Pindah milik tanah

| 28 February 2011

Harini pagi2 lagi wa dah gerak keluar ke Pejabat Tanah dan Galian, Wisma Negeri, Ayer Keroh Melaka...Bersama ngan wa ialah adik wa, adik ipar wa, mak baba, ngan besan baba wa..Sumer gi sekali ke sana atas urusan pindah milik tanah dalam geran kepada nama wa...Alhamdulillah, nasib baik kat PTG tu tak ramai orang dan disebabkan kami datang awal, terpaksa lah tunggu pegawai...(sebab pegawai tak masuk lagi)...


Wisma Negeri
Bila pegawai tanah dah datang, urusan tu sebenarnya kejap aje..tak lah lama mcm yg selalu orang kata..wa rasa tak sampai setengah jam...Bila borang2 yang semalam wa isi pegawai tu dah semak, kita orang kene pergi LHDN kat Hang Tuah Mall untuk urusan cukai...wa kena bayar cukai tanah beb..tp wa rasa sepatutnya penjual la yang kene bayar kan?sebab dia terima duit dari wa..so dia kena lah bayar cukai...ah tak kisah laa..cuma 0.1% dari nilai tanah..contohnya kalau kita beli tanah tu harganya RM42,000 so kita kena bayar RM42 sahaja....tapi kalau nilai hartanah tersebut melebihi RM50,000...so cukai yang kita kene bayar adalah RM50 sahaja, maximum adalah RM50..yer.mcam tu la seperti yang diberitahu wa....Masa kat LHDN ni, tak perlu bayar apa2..bayaran cukai adalah dibuat selepas kita terima surat dari LHDN, lebih kurang sebulan selepas tuh..Selepas sebulan, bawak slip bayaran cukai dari LHDN dan dokumen2 seperti geran tanah asal dan salinan2 dokumen..SETEL !!!


KOPI DAN PASTA



PINDAHMILIK
1. Borang apakah yang digunakan untuk urusan pindahmilik tanah ?
Borang 14A Pindahmilik Tanah
2. Adakah apa-apa Cukai Setem yang dikenakan untuk urusan pindahmilik tanah ?
Urusan Taksiran
Setem Hasil RM 10.00
Selepas Urusan Taksiran
Setem Hasil mengikut kadar 1 % daripada kadar nilaian tanah.
3. Adakah apa-apa bayaran yang dikenakan untuk urusan pindahmilik tanah ?
Bayaran pendaftaran pindahmilik tanah seperti berikut :
RM 50.00 bagi nilaian RM 50,000.00 dan ke bawah 0.1 % daripada kadar nilaian tanah bagi nilaian tanah yang melebihi RM 50,000.00
4. Selain daripada mengisi Borang Pindahmilik Tanah 14A adakah apa-apa dokumen yang perlu disertakan ?
•  Borang PDS.15 (Pindaan 1998) – 5 salinan
•  Salinan Suratan Hakmilik yang berkenaan – 2 salinan
•  Sampul Surat Berdaftar
5. Dokumen apakah yang perlu dibawa semasa urusan pendaftaran Pindahmilik Tanah 14A ?
i) Borang pindahmilik Tanah 14A yang telah dibayar Cukai Setem
ii) Hakmilik asal yang berkenaan
iii) Resit Cukai Tanah tahun semasa



Sumber : KLIK DISINI













Mari check zakar anda ( check sendiri yer)...

| 27 February 2011

Tajuk macam gempak kan??hahaha...wa terjumpa satu video ni...agak 18SX jugak laa tapi demi untuk kesihatan, wa fikri, xpe la kalau wa kasi masuk dalam blog wa....Orang lelaki macam kita ni patot wat pemeriksaan sendiri pada badan..Mane lah tau kan, ade yang semacam abnormal kat tubuh badan kita yang sebenarnya berbahaya..tp sebab nampak mcam hal kecik je, benda ni kita abaikan....Kau orang tgk video kat bawah ni, pastu sila lah wat pemeriksaan sendiri kat dalam bilik..Jangan pegang bende alah tu lama2..nnt jadik lain plak..kekeke...






Ok..untuk video2 yang lain boleh lah kau orang KLIK DISINI

Ko dah gemuk laa !!

| 26 February 2011

Wa rindu sangat2 aktiviti harian wa..dah seminggu rasanya wa tak gi jogging...Tadi pas makan, kakak wa sound wa " KO DAH NAMPAK GEMUK LAA"...Gggrrrr (tanda marah)....Wa fikir, wa patot stop jogging untuk tempoh yang lama sket, tapi kene gi gym...wat sit up banyak2...Seb bek kat kondo ni ada provide gym..kena bayar RM20 sebulan....Biar lah, wa dah tak sanggup membiarkan perut wa memboroi mcm adik wa, si Saiful tuh...

Kaki wa sakit lagi nih...tapi yang kat belah lutut dah ok sikit, yang kat tapak kaki tu dah takde kesan lebam lagi cuma yang kat betis ni ada sakit sikit..Bengong tol la si zamah, osmet wa yang gi tendang kuat betis kaki wa...Pape pon, selasa ni ada futsal...wa rasa mcm nak join je la walaupon kaki wa ada sakit sikit, hopefully selasa nanti dah baik..

Sumbangan diperlukan !

| 25 February 2011

Wa mungkin terlambat untuk pasal pasal kisah sorang budak ni, tapi rasanya belum terlambat lagi untuk kita nak bantu budak yang sorang ni, yang namanya Muhamad Hairuman Bin Miskon..kenal tak??? maybe tak kenal..tapi kisah dia penah mendapat liputan meluas kat paper. Adik ni terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi semasa nak kait buah kelapa sawit...Untuk taknak buang masa taip panjang2..wa kopi dan pasta aje email yang kawan wa hantar nih...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik hairuman dengan anda semua.Untuk makluman anda adik hairuman merupakan anak yatim piatu.Dia sudah kehilangan ibu bapanya  sejak beliau berumur 5 tahun lagi .Hairuman merupakan anak ke 4  daripada  6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.Kini hanya kakak hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan t ida k seberapa iatu dengan menolong suaminya menjual air buah.Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa mwmungut kelapa sawit. adik hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tba2 terjatuh dan menimpa adik hairuman.Badan adik hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan.Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang t ida k mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik hairuman.Marilah sama-sama kita membantu adik hairuman setakat terdaya.Disini saya sertakan bukti mengenai adik hairuman.

Untuk sebarang sumbangan dan pertanyaan

Shakila/Waty -0163346292/0126951982
No Akaun -164052399509 (MAYBANK)(SHAKILA)













 So, kalau ada sesapa yang nak wat sket derma, bayar zakat ke..sila lah masukkan sumbangan kau orang dalam akaun kat atas tuh..Semoga sumbangan kau orang sedikit sebanyak membantu adik nih..

Hey Pondan !!!!

| 24 February 2011

Kalau kat Malaysia, pondan2 ni memang dah biasa sangat kita jumpa kan? ( bukan maksudnya kita gi jumpa pondan2 nih)..kat mana2 ada pondan, kalau kat KL nih, kawasan Chow Kit memang jadi port diaorang..kalau tak percaya, kau orang lalu saje lah kat situ malam-malam, nanti diaorang akan lambai2 tangan kat kau....Kalau kat Melaka, kawasan sekitar pasar borong lama di Jalan Tun Ali memang tempat pondan2 carik makan..wa pernah lalu kat situ, then sorang pondan seksi ni gi bukak baju nampak te**k yang besar..wa ngan member wa gelak besar dalam keter..dalam masa yang sama macam nak muntah pon ada...

Masih ingat kah kau orang dengan Fatine? apa kabar dia sekarang yer.

Itu di Malaysia, kalau di luar negara misalnya di thailand, pondan2 diaorang memang cantik sampai mengalahkan perempuan2 tulen..

Cantik giler kan?

Jangan terpedaya dengan kecantikan "pompuan" ni yang sebenarnya lelaki...




Kat thailand jugak menjadi pusat untuk diaorang mengubah jantina aka potong itu anu laa dan hospital2 @ klinik2 yang buat operasi macam ni di ikitraf oleh kerajaan thailand (pendek kata beroperasi secara halal dan mendapat kebenaran)..Di thailand, lelaki2 yang nak cantik, memang akan cantik..tapi di luar negara, misalnya di Africa macam mana pulak?tiada kemudahan untuk pembedahan menukar jantina..jadi apa yang mampu diaorang buat adalah dengan memakai pakaian perempuan semata2 untuk cantik, pakai mekap, gincu bla bla bla....tang badan yang nampak berotot tu, takleh nak wat apa la...kalau tak percaya, sila lah tengok gambar2 di bawah ni...very 18SX..



Yang kat sebelah kiri ni berangan2 nak jadi macam Naomi Campbell..


Model Playboy cawangan afrika...hhahahahah

Sekali dia tumbuk, berpusing kepala kau..

Euwwww ada bulu dada..

Sape berani kacau aku?

Macam ada yang tak kene aje ngan dia ni?tang leher kah?

Melambai2 tangan ala2 miss uniberse...


Pendek nya rambut kau..

Belon kah itu?

erkkkkk nak muntah laa..

Kepit jangan tak kepit..

Gatal ke kat bawah tuh??? tergaru2..tak sopn tol kau ni..

Mana satu yang tulen?


Muka kau orang soooo masculine lah..

Model baju batik..

Bang, kasi cukur dulu itu bulu laa..

Geli..geli..geli....jangan terberak kat sini sudah..

Pilih la aku !











Adunan roti canai dipijak-pijak

| 23 February 2011

Wa ada satu citer mau bagitau, citer ni boss wa sampaikan kat wa melalui email..hahahah rajin betol Puan Mona ni forward2 email macam ni kat anak2 buah dia..

Assalamualaikum,


Tiada niat mengganggu anda semua sedang bekerja sempena musim gaji awal & minggu bonus pasti ceria semua..

cuma saya ingin berkongsi apa yg saya lihat dengan mata kepala sendiri.


Kejadian Pertama: (Ia berlaku jumaat lepas)

Kebiasaannya wife akan sediakan sarapan & bekalan untuk anak2 ke sekolah seawal 4.30pagi. Oleh kerana di suatu pagi
Jumaat hujan renyai2 pula, sy bangun 5.15am dan bercadang nak beli roti telor & roti boom untuk sarapan & bekalan anak sekolah

saya ke kedai mamak 24jam "restoran _______ korner"

disebabkan cuaca sejuk, saya guna la toilet restoran tu..bila keluar toilet yg bersebelahan stor bawang tepung gandum susu

terdengar orang gelak2...saya pun menolak lah pintu papan plywood stor tu...alangkah terkejut saya 2 lelaki mamak ni sedang

memijak-mijak tepung bercampur telur dgn susu dalam sebuah besen aluminium berkaki ayam berkain sarong putih

(anda mungkin pernah tengok ASTRO macam mana anggur dipijak ramai di Francis untuk jadikan arak)
saya tegur " apa u bikin"

sorang tu boleh cakap melayu pelat 'esok pagi punya'

saya tanya lagi " itu untuk apa'

dia jawab 'roti canai'

saya pun blaa coz awal pagi tokeh dia xder...bila saya cerita pada kawan yg juga tuan punya kedai tomyam pandan indah..

kawan saya jawab 'yg pijak dengan kaki tu lah bangsa kita suka makan pagi-pagi siap minta banjir/tampal'

Aduan telah dibuat tetapi restoran tu masih beroperasi lagi maklum lah MPAJ milik siapa...sedangkan berpuluh-puluh rumah urut

disko pub tumbuh macam cendawan di Pandan Indah inikan kes tepung di uli dgn kaki...



Kejadian Kedua
Ini pengalaman dgn mata kepala adik lelaki saya di sebuah restoran mamak _________ gelas besar di Cheng, Melaka.

lepas dia tengok bola Chelsea lewat 5pagi, dia pun pergi belakang restoran untuk ambil kereta coz masa game tu
parking penuh...kata adik saya, dia ternampak 3 lelaki mamak ni memijak2 tepung roti canai juga dalam besen


Kejadian Ketiga

Ini cerita dr sahabat saya ahad lepas dia terserempak di restoran ________ bandar tasik selatan

Juga mamak memijak pijak tepung roti canai di bahagian dapur belakang yg berkepungkan kerusi2 plastik yg bersusun..

kata kawan sy...mereka siap gesel-geselkan tepung tu dengan tumit dan betis.


Saya berharap anda teliti dulu ...jika boleh...


Saya suka bersantai di Mamak coz skrin besar, luas, pekerja dia xmasuk campur apa sahaja urusan kita xmacam restoran
tomyam yg xboleh santai lama-lama.

Kau orang ada pengalaman macam ni tak??? Wa tak pernah pon alami macam ni, tapi banyak jugak dengar2 cerita dari orang..makanan kegemaran wa, asam pedas pon suatu ketika dulu kat melaka diletakkan seluar dalam sebagai pelaris...Sekarang, tak tahu la masih dibuat macam tu atau tak.. 

Tapak kaki lebam

|

 Jabatan Imigresen



Tadi wa gi Jabatan Imigresen kat Sri Rampai. Nasib baik wa survey dulu tempat nya guna google earth..senang saje. Wa nak kasi tau, kalau kau orang nak buat pasport, buat aja kat Sri Rampai ni sebab cepat giler dia proses..satu jam aje siap. Sementara sejam menunggu, boleh la gi breakfast kejap kat kedai mamak area situ.. Untuk buat passport baru, kau orang cuma perlu :

1) 2 keping gambar berukuran passport
2) Satu salinan kad pengenalan
3) Duit (RM 100 untuk 2 tahun dan RM 300 untuk 5 tahun)




Kaki lebam

Adoi tapak kaki sebelah kiri wa lebam. Ini semua angkara main futsal semalam. Wa ras akasut futsal wa dah tak bape sesuai untuk tapak kaki wa ni. Wa takde lah terpijak ape benda pon..tau2 pas main futsal, wa tengok tapak kaki wa lebam sudah..Betis sebelah kanan wa plak kene tendang ngan kuat oleh wa nye housemate. Tau lah kau tu goalkeeper tapi takyah la sampai tendang kaki wa beb..Lutut sebelah kiri wa lak cedera..pasal karpet kat court tu memang kesat..kaki wa semacam melekat kat  karpet tu, then lutut wa macam ternaik ke atas..sakit giler beb...Sekarang ni, wa dah macam orang kurang upaya, jalan tempang-tempang..wa harap keadaan ni tak lama lah...


Azizul Hasni Awang

| 22 February 2011

Tahniah kepada Azizul Hasni Awang, pelumba basikal negara dalam acara keirin yang baru-baru-baru ni menang gangsa dalam Piala Klasik Dunia di Britain. Walaupun kecederaan teruk menimpa beliau, namun semangat yang tinggi untuk bangkit benar-benar menarik perhatian sape2 jer. Wa rasa macam terharu jugak la..dah kene langgar, kaki plak tertusuk kayu, bangkit hingga ke garisan penamat, akhirnya menang pingat gangsa...Azizul, anda benar-benar mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan berbasikal..tahniah...Semoga anda terus menjadi inspirasi semua pelumba-pelumba baru...

Pasan tak, sekarang ni ramai betol budak2 bawak basikal...di KL ni wa tengok dah mcm satu trend...kat Melaka pon macam tu (Hey orang Melaka..jangan lupa basikal tua yer !)..

Mari kita tengok Sesi kecederaan dalam Piala Dunia Klasik di Britain yang turut membabitkan pelumba terbaik negara, Azizul Hasni Awang...



Kenapa hantaran mahal sangat???

| 20 February 2011

Gambar adik wa kawin..wa jadi pengapit

Bila lah turn wa nih

Wa kalau kahwin nak wat simple2 je


Kenapa "harga" saorang perempuan semakin mahal yer? Menyusahkan kaum adam aje untuk carik duit semata-mata nak memeriahkan majlis yang bukannya dibuat seminggu dua...tapi cuma sehari dua aje....Wa nya kawan-kawan berhabis RM 20,000 untuk kahwin...itu pon pinjam kat bank....lepas kahwin, bayar hutang aje tiap2 bulan..kenapa lah pihak pompuan takleh fikir jangka panjang yer...Ni sumer mak bapak pihak pompuan yang punyer pasal laa...yang tetapkan harga...Nanti, dah jadi suami isteri, kene lak menghadap bayar hutang sebab wat pinjaman untuk kahwin..huhuhu...Sekarang, harga barang semuanya melambung tinggi, gaji je tak naik2....yang bujang, dapat gaji aje...kene bayar hutang keter, rumah, kasi mak bapak sket..bla bla bla...wat simpanan pon sikit2 aje...Wa teringat pesan Kak Asmah, technician wa....LEBIH AFDHAL KALAU HANTARAN TAK MEMBEBANKAN BAKAL SUAMI...MAJLIS SERBA SEDERHANA LEBIH BAIK DARI MAJLIS YANG GRAND2 YANG SEMATA2 NAK MENUNJUK KAT ORANG AKAN KEMAMPUAN KITA...


Macam mana la orang yang tak berkemampuan dari segi kewangan nak membina masjid ni yer...setakat gaji RM 800 sebulan, tolak perbelanjaan lain, yang tinggal hanya cukup2 untuk makan ajer...Alahai...tapi semua orang mesti yakin, rezeki tuhan telah ditentukan buat kita semua...Jodoh dan pertemuan, rezeki dan ajal, semuanya telah ditentukan sejak manusia dalam rahim ibu..

Awek cantik duduk sebelah wa

| 19 February 2011

Harini malang betol, tapi wa tau ada hikmah disebalik yang menimpa....Jam 6ptg tadi, wa dah tunggu bas transnasional ke Melaka..Wa tunggu kat Bukit Jalil..Tepat 6.30, bas tak tiba2 lagik..wa gi kaunter untuk tanya, ada sorang mamat kerek mcm cibai "kol 7 kang"...tuttttttttt laaa.jawab ler elok2..lu ingat wa ni apa..wa penumpang tau, lu orang dapat gaji pon dari duit penumpang gak...ok..ok..tarik napas..wa sabar....bunyi jantung dup dap dup dap..tanda marah !


Kol 7pm, wa naik bas dabel deker..Arghh cilaka tol..rupanya bus ni angkut penumpang yang beli tiket jam 6.30 ngan 7pm...OK laaa..tak kisah SANGAT....kisah sikit jer...Dalam bas, wa tidor..tak peduli sesapa pon, walaupon ada awek cantik kat sebelah wa...Wa lena lama..wa rasa laa..Tetiba wa tersadar yang bas ni benti kat tepi jalan, kat PLUS Highway..pehal lak ni..rosak ke...Perghhh wa rasa memang rosak laa...agak berpeluh gak laa bila takde aircond dlm bus....Wa pasan yang bas ni benti kat area bangi sebab wa leh nampak bangunan Metro Bangi (Metro Bangi ke yang ada bowling tuh?)..


Ada sorang amoi seksi turun pastu bising2 sebab tak tahan panas...memekak je..paham2 sudah ler..bukan nya ko wat bising, bas tu akan elok pon...Drebar bas gi cedok air kat longkang...untuk ape wa pon tak tau laa..pasal bab2 teknikal yang berkaitan ngan kenderaan ni wa memang failed ! Betol wa cakap...Ada la dalam 30 minit menunggu, then bas ok balik..perjalanan diteruskan....walaupon SLOW...Sampai ke Hentian Sebelah Nilai, bus rosak balik....hadoi...Taim ni memang bosan giler laa....masing2 mula la main handphone...Wa tak tahan nak kencing, wa soh awek cantik yg dok sebelah wa jagakan beg and SLR wa...


Sejam menunggu bas ok balik, semua penumpang kuar dari bas..masing2 melabuhkan bontot kat devider jalan, kat tepi pasu bunga..kat mane2 lagi laa...Then awek cantik yang dok sebelah wa datang dekat kat wa...kami pon borak2, daripada topik keje, lokasi rumah, study bla bla bla...lama gak..masa menunggu bas kembali ok berganjak menjadi 2 jam..giler...giler..giler..dalam 2 jam tu jugak wa berdiri sambil ditemani awek cantik...


At last, setelah lama menau menunggu, ada la satu bas transnasional ke melaka benti tepi jalan....masing2 berebut2 nak naik..seb bek wa ngan awek cantik sempat masuk dalam bas...malangnya takde seat kosong...berdiri la lagi....Berdiri 2 jam untuk sampai ke Melaka...huhuhu..sampai Melaka Sentral, awek cantik mula mengayat wa.."Senang2 kol la saya yer. nanti leh kita kuar jenjalan kat KL"..sambil2 tu, dia pon kasi wa no phone dia..malam, wa ngan dia main mesej2...ohw romantik nya....

Hobi baru

| 17 February 2011

Wa rasa wa dah ada hobi baru laa..cuba teka apa......lambat sangat teka...SWIMMING ...yer3...swimming dah jadi hobi baru wa..Wa sebenarnya tak reti sangat pon berenang ni...time kasih lah pada kondo wa yang menyediakan swimming pool untuk residents kat situ..boleh ke time kasih kat kondo??hehehehe....

Jade Tower, wa cilok ini gambar dari mudah

Pas running, lepak kejap trus gi swim..perghh bak kata kawan wa..baru la RARE !! Amender yang rare pon wa tak tau ler..Yang pasti wa dah mula minat swimming..lolololo...

Wa rasa nak balik Melaka la sok petang...Member wa dak Daouse awal2 pagi dah mesg wa tadi soh balik, nak mintak tolong untuk amek gambar longkang depan rumah dia..then nak masukkan dalam facebook Datuk Ali Rustam..ada complaint sket dia nak wat..alahai member wa ni..gi ler direct jumpa tok ali..kata kontraktor..gamble je ler..

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

| 16 February 2011

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."
Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.
Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Hutan Simpan Bukit Nanas

| 15 February 2011

 Sebelum wa mulakan cerita, baik wa amek kesempatan ni untuk wa ucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL kepada semua kawan2 seagama wa...Semoga kita semua, kau orang dan wa sama2 sentiasa mengingati junjungan besar Nabi Muhammad pada setiap saat...Ada sorang ustaz bagitau kat wa, kalau kita tak wat sambutan ni, orang2 islam akan lupa bila lahirnya Nabi Muhammad....Betul jugak tuh..


Ok, nak mula citer..tadi wa kebosanan yang amat..almaklum ler cuti hari ni..time sumer orang gi berarak sempena maulidur rasul, wa plak gi ke Hutan Simpan Bukit Nanas, kat sebelah KL Tower tu ler..mane lagik...Wa tak planning pon nak gi situ, tapi tetiba dalam tren wa dapat ilham nak gi situ...Untuk pengetahuan sesapa kat sini, KL jugak ada hutan tapi tak lah sebesar mane pon..hutan ni dikelilingi oleh bangunan2..almaklumler lokasinya kat tengah2 KL..macam pelik kan?tapi tak pelik pon...macam ajer...


Wa jalan kaki dari SOGO ke Bukit Nanas..tak jauh mane pon..dekat je....dekat la bagi wa..tpi bagi kau orang yang berjalan slow ni..memang ler rasa jauh....SOGO --->ODEON CINEMA --> JALAN STRAIGHT ---> BELOK KIRI = HUTAN SIMPAN BUKIT NANAS...Wa siap kasi direction lagik nih..



Bila dah sampai..kau orang rileks dulu..sedut oksigen banyak2..sebab..kau orang kene naik tangga yang curam jugak...yang ini, wa ngaku..memang penat sket laa...alaaa bila lagi nak exercise kaki kan?taim ni ler...


Beb, wa malas nak taip panjang2 memandangkan line internet wa ni macam segan mati tak mau..sebelum apa2 berlaku..bek wa publish cepat2..kau orang layan dulu gambar2 ni yer..






























My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter