Wa ada satu citer mau bagitau, citer ni boss wa sampaikan kat wa melalui email..hahahah rajin betol Puan Mona ni forward2 email macam ni kat anak2 buah dia..
Assalamualaikum,
Tiada niat mengganggu anda semua sedang bekerja sempena musim gaji awal & minggu bonus pasti ceria semua..
cuma saya ingin berkongsi apa yg saya lihat dengan mata kepala sendiri.
Kejadian Pertama: (Ia berlaku jumaat lepas)
Kebiasaannya wife akan sediakan sarapan & bekalan untuk anak2 ke sekolah seawal 4.30pagi. Oleh kerana di suatu pagi
Jumaat hujan renyai2 pula, sy bangun 5.15am dan bercadang nak beli roti telor & roti boom untuk sarapan & bekalan anak sekolah
saya ke kedai mamak 24jam "restoran _______ korner"
disebabkan cuaca sejuk, saya guna la toilet restoran tu..bila keluar toilet yg bersebelahan stor bawang tepung gandum susu
terdengar orang gelak2...saya pun menolak lah pintu papan plywood stor tu...alangkah terkejut saya 2 lelaki mamak ni sedang
memijak-mijak tepung bercampur telur dgn susu dalam sebuah besen aluminium berkaki ayam berkain sarong putih
(anda mungkin pernah tengok ASTRO macam mana anggur dipijak ramai di Francis untuk jadikan arak)
saya tegur " apa u bikin"
sorang tu boleh cakap melayu pelat 'esok pagi punya'
saya tanya lagi " itu untuk apa'
dia jawab 'roti canai'
saya pun blaa coz awal pagi tokeh dia xder...bila saya cerita pada kawan yg juga tuan punya kedai tomyam pandan indah..
kawan saya jawab 'yg pijak dengan kaki tu lah bangsa kita suka makan pagi-pagi siap minta banjir/tampal'
Aduan telah dibuat tetapi restoran tu masih beroperasi lagi maklum lah MPAJ milik siapa...sedangkan berpuluh-puluh rumah urut
disko pub tumbuh macam cendawan di Pandan Indah inikan kes tepung di uli dgn kaki...
Kejadian Kedua
Ini pengalaman dgn mata kepala adik lelaki saya di sebuah restoran mamak _________ gelas besar di Cheng, Melaka.
lepas dia tengok bola Chelsea lewat 5pagi, dia pun pergi belakang restoran untuk ambil kereta coz masa game tu
parking penuh...kata adik saya, dia ternampak 3 lelaki mamak ni memijak2 tepung roti canai juga dalam besen
Kejadian Ketiga
Ini cerita dr sahabat saya ahad lepas dia terserempak di restoran ________ bandar tasik selatan
Juga mamak memijak pijak tepung roti canai di bahagian dapur belakang yg berkepungkan kerusi2 plastik yg bersusun..
kata kawan sy...mereka siap gesel-geselkan tepung tu dengan tumit dan betis.
Saya berharap anda teliti dulu ...jika boleh...
Saya suka bersantai di Mamak coz skrin besar, luas, pekerja dia xmasuk campur apa sahaja urusan kita xmacam restoran
tomyam yg xboleh santai lama-lama.
Kau orang ada pengalaman macam ni tak??? Wa tak pernah pon alami macam ni, tapi banyak jugak dengar2 cerita dari orang..makanan kegemaran wa, asam pedas pon suatu ketika dulu kat melaka diletakkan seluar dalam sebagai pelaris...Sekarang, tak tahu la masih dibuat macam tu atau tak..

No comments:
Post a Comment