Pages
Selamat tahun baru 2011
Melaka - Gambar
Ini Menara Tamingsari tapi wa panggil menara berpusing aje sebab dia memang berpusing...wa dah penah naik dah bendealah ni n dats y wa taknak naik lagi...wa taknak membazirkan duit RM 10 wa untuk kali kedua beb..Dengan ketinggian 110m dan merupakan menara berputar pertama di malaysia, ianya menjanjikan pengalaman menarik dengan pemandangan2 yang indah (ahhh bahasa skema giler)...
| Menara Taming sari, Melaka |
| Bumbung kaunter tiket..lebih cantik kalau guna fish eye lens |
Keadaan dalam menara berputar..semua orang menghadap ke luar sambil berputar-putar....kalau tak silap, hanya lebih kurang 10 minit aje tempohnya berada dalam nih..
Dari atas, boleh la nampak kapal Flor De La Mar..tapi ni replika kapal portugis aje...kapal yang sebenarnya takde pon, dah tenggelam rasanya...kalau nak tengok jugak, gi la menyelam kat Selat Melaka tuh...psssttttt...kalau jumpa bagitau yer...wa nak sket harta karun tuh..
Kincir air Kesultanan Melayu Melaka yang dibina kalau tak silap tahun lepas kot...Setinggi 13meter, kincir air suatu ketika dulu dibina bagi membolehkan pedagang2 menimba dan mengalirkan airdari anak sungai...wa tak sangka dulu2 lagi kat melaka dah ada teknologi kincir air nih..
Kalau kau orang dapat perhatikan, ada bot kat sungai tu kan?well ! kerajaan Melaka dah membelanjakan kalau tak silap RM300 juta untuk pengindahan sungai dan hasilnya nampak begitu membanggakan..kalau sungai tak bersih, mcam mana boleh ada industri pelancongan yang melibatkan River Cruise Boat nih...air sungai pon dah cantik, siap ada pesta sungai lagi setipa tahun...cuma bau air sungai tu tak bape ok lagi lah..dikatakan bau berpunca dari tanah dalam sungai tu sendiri..takleh nak wat ape2 lah..
Melaka tak lengkap kalau takde beca..selain Pulau Pinang dan Terengganu yang wa tahu memang ada beca...tapi takleh lawan tau beca Melaka...beca melaka, dihiasi dengan bunga2..kalau boleh satu beca tu dia nak letak bunga..kat roda, kat handle..hahaha...lepas tu dia bukak lagu kuat2, tak lagu dondang sayang dia bukak lagu industan la pulak...FYI, sekarang ni, drebar2 beca dah tak lagi didominasi rang2 tua tapi sebaliknya budak2 muda ni yang bersemangat jadik drebar beca dan....wa percaya satu hari nanti, budak2 muda ni fasih berbahasa Inggeris sama seperti drebar2 beca yang tua...
Gambar pintu gerbang A Famosa atau nama lain nya Porta De Santiago...dari pembacaan wa, batu2 untuk membina kota A Famosa (jangan terkeliru dengan pintu gerbang kat atas nih..itu hanya lah pintu) datangnya dari batu2 nisan orang-orang islam dan dari masjid-masjid..betapa jahatnya orang portugis nih..tapi jahat lagi si Kitol.... Di sebelah kiri atas dalam gambar ni merupakan Bukit St Paul dengan didirikan gereja..tetapi telah dirobohkan..
Ini Bastion House, dan kalau kau orang tanya wa ape itu bastion house, wa pon tak tahu apa..tapi sekarang bastion house dah dijadikan sebagai muzium Dunia Melayu Dunia Islam..wa ingat lagi, masa wa mula2 masuk kat bangunan nih, waktu tu sedang dipamerkan segala yang berkaitan dengan mistik nih...jenglot dsb..dan wa tak sangka orang melayu islam sangat2 teruja dengan semua tuh..
Terimalah bunga ini sebagai tanda peringatan wa kat kau orang...sudi-sudi lah terima yer..
Motor klasik
Balik Kampung lagik..
2-1
Sumer orang nak ucap tahniah pada pasukan malaysia yang menentang Indonesia, dan wa jugak tak terkecuali lah..Kita punya kelebihan dari segi agregat, bermain pulak di tempat lawan yang boleh menyebabkan psikologi pasukan malaysia sedikit tercabar, namun akhirnya bangkit membuktikan bahawa kita juga boleh menewaskan mereka...Kalau kau orang perasan, di awal permainan penjaga gol kita ditembak dengan laser tapi takde pon nak boikot bagai, macam si Markus tuh...rileks ar beb...benda kecik aje...bak kata gol keeper malaysia tuh, takde masalah pon asalkan jangan pandang laser tuh...huh, blagak sangat..hamek ko..at last kene 2-1...sekali gus membuktikan tindakan provokasi media indon yang cam hampeh tu gagal....
Gambar
| Faisz yang penakot ngan rama-rama..hahahaha |
| Ulat gonggok yang besau... |
| Cantik tapi geli je tgk tengkok dia tuh.. |
| Ular kaler putih |
| Cantik kan? |
| Iguana, cantik tapi erkkkkk !!! |
| Cantik betol |
| Yang ni pon cantik |
| Dah mati tergantung |
| Cicak spesis ape ntah.. |
![]() |
| Inilah predator yg sebenar...kt filem tu tipoo jer |
Makan-makan
Tetiba malam tadi kakak wa dari ipoh tu ajak wa makan asam pedas...so wa pon on aje lah memandangkan fav food kami sama...selalunya kalau nak gi mkn+tak mau gi tempat yang jauh = belakang hotel straits meridian..boleh tahan gak tapi mahal jugak...jadi kali ni kami decide gi makan kat kedai tepi jalan, area jalan nak ke bachang sana tuh...ok, taknak citer banyak..tgk gambar ni..
Kalau kat melaka, nak makan asam pedas mesti lawannya telur masin aka telur itik (tetiba terbayang mulut itik,kaki itik..erkkk), timun atau ulam serta kadang2 ikan masin dan sambal belacan jugak.."sedap tak terkata", kata wa...wa minum air suam aje..hahaha bukan takde duit okai..tp malas minum air mani-s.....xsabar nak makan..
Pic ni patotnya letak sebelum dari pic kat atas..tapi takpe..wa cuma nak bagitau kau orang..memandangkan wa menghadap satu pemandangan yang tak indah, selera wa putus-putus sekejap..kat depan wa, ada spender tergantung....ntah sape punya ntah...kalau brad pitt punya, takpe lah jugak, mesti laju je kakak wa makan...itu pon kalau lah...hahahaha...eh nampak ke tak ni...ala yang tergantung kat depan tiang tuh..nampak tak??
Last pic...pizza ni kakak wa dapat sebab dia redeem hot ticket maxis...just kumpul 8 keping hot ticket..pastu kau orang tunjukkan kat awek2 cun pizza tuh...tunggu sikijap dalam 20 minit...trus dapat...berbaloi beb....sedap pon sedap tapi tak sesedap dominos pizza yang sangat2 sedap lagi menjilat-jilat apa yang boleh dijilat...hahahaha..serius..try dominos...tapi kalau dapat percuma pizza hut, jangan ditolak beb..taknak kasi wa...
Mimpi
Malam tadi wa bermimpi. Wa dan ntah sape2 ntah gi rombongan cik kiah ke satu lokasi yang wa sendiri pon tak tahu kat mane..tiba di satu lokasi, bas yang kami naiki berhenti sekejap untuk solat jamak...maghrib ngan isya' kot..yang heran bin pelik, kat dalam masjid tu ada dua group yang solat dengan berkiblatkan dua arah yang berbeza..group kami ikot kiblat yang kalau kita pakai jarum jam yg pendek tu, betul2 kat angka 2 camtu sedangkan yang satu lagi group tuh kat angka 11...Mengingatkan wa pada dua kumpulan parti politik PAS ngan UMNO lak yg solat dua group..Lepas abes solat, member2 lain sumer dah masuk dalam bas sedangkan wa tercarik2 kat mane wa letak suar wa. Wa terlupa kat mane wa letak suar wa, dan puas wa carik tapi tak jumpa2...kawan2 yang lain sumer dah marah kat wa disebabkan diri wa yang pelupa amat nih...
Di saat wa betol2 berada di antara fantasi mimpi dan realiti, wa wat keputusan untuk sedar ke alam nyata..benci tol wa ngan situasi wa dalam mimpi tuh...tapi...realitinya....wa memang seorang pelupa...
Wa guna google chrome sebagai browser untuk blogging...browser ni ada translation lagi....n bila wa translatekan entry wa ni dari BM ke BI...hasilnya seperti di bawah...kelakar tol baca..hahaha..
Dream
At the time wa betol2 lies between fantasy and reality of the dream, wa wat the decision to realize the real world .. hate toll wa ngan tuh situation in the dream wa ... wa .... but ... the reality is a forgetful ...
Erkkk !!!
Jogging lagik..
hohohoho wa balik melaka lagi untuk kali yang ke - tak tau
TANDA-TANDA KIAMAT
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."
Surat untuk Dato' - lawak
Kehadapan Dato',
Nama saya Gajuman. seorang engineer yg patah semangat, anak kepada puan jenab dan uncle zek. Bekas perokok sekolah dan calon suami contoh Maal Hijarah.
Dato' mungkin tidak mengenali saya. Saya pun bukan kenal sangat dato'. Tapi Dato' sangat popular dan saya perchaya org popular mesti banyak duit.
Duit yg saya ada sekarang cukup utk bayar duit muka rumah sahaja. Jika saya beli rumah, saya tak dapat kahwin. Jika saya kahwin, saya tak dapat beli rumah. Ini betul² dilema. Mana nak buat dulu? Beli rumah ke beli isteri?
Jika saya beli rumah dulu, nanti Mimi saya bising dah kahwin takde rumah. Jika beli rumah dulu, nanti puan Jenab bising, dah ada rumah tapi kahwin tak lagi. faham tak situasi saya?
Lain la mcm Dato', Dato' kaya.Popular. Hensem. Macho. Boleh mintak tolong sikit tak?
Begini Dato'. Jika saya ingin menambah duit simpanan saya, saya perlu mencari kerja baru. Sekarang semuanya perlu kabel. Jadi saya harap sangat Dato' tolong jolok resume saya dekat mana2 kompeni yg ada bagi sekurang2nya bonus 6 bulan gaji, skim persaraan juta2 dan juga mesin kopi Espresso yg mcm dekat Ikea tu. Barulah datang idea nak memajukan syarikat dan sekaligus memacu ekonomi negara ke arah yg lebih mapan.
Takpun, saya tubuhkan satu kompeni. Kemudian Dato' tolong bagi tender keretapi, kapal selam dan jet pejuang kepada saya. Sori. Projek² buat longkang saya tak main. Kita harus think big. Barulah namanya bumiputera glokal. Saya janji saya takkan sub projek2 terbabit. Sumpah dato' sumpahhhh!!
Bila saya dah kaya, saya akan menghapuskan kemiskinan di Malaysia. Owhh..jap. Tu mungkin susah sikit kut. Ok lah. start di ampang dulu. Hmmm...saya mula dengan famili saya dulu. Oh, tidak! Ini bukan nepotisme... Sebelum memajukan masyarakat, kita harus memajukan famili dulu. Individu membentuk keluarga, keluarga membentuk komuniti dan komuniti membentuk masyarakat. Ini tema Masyarakat Penyayang tahun bila entah saya lupa. Dato' jgn salah faham..
Sebelum saya mengundurkan diri, saya harap dato' mempertimbangkan rayuan kudus saya ini. Saya berjanji saya akan beri sokongan penuh pada Dato'. Walaupon saya tak tahu Dato' org parti mana, apa agenda, saya main sokong ajer.
Terima kaseh.
.........................
(Gajuman bin Zakaria)
Ok. sekarang saya nak hantar surat ni. siapa tahu alamat Shah Rukhan?
Setem 30 sen cukup tak sampai India? kalau pakai jilat nanti dia tanggal tak?

Gambar

p/s : Pasan tak lately, bulan kelihatan sangat cantik, matahari waktu petang lak pon nampak cantik giler...Alangkah indahnya kalau setiap pagi dan malam macam nih..
12' 06"
KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
12' 50"
Interview - lawak
Wa tau memang kau orang tak nampak kan??? kau orang just cklik je lah image tu yer...tap iseriously memang lawak lah..
JANGAN MENYIKSA DIRI
Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.
Apabila melihat keadan itu maka baginda betanya, "Mengapa dengan orang ini?"
Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki."
Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya."
Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.
Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"
Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki."
Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :
"Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya."
Mati kutu
Faiz 25' 09"
| Wa suka sangat ngan kasut Reebok baru wa nih... |
Samat pagi
Salamat pagi..harini 17 Disember 2010 (tarikh seperti di atas) dan cuaca pagi ni nampak baik sekali. Harap2nya petang ni tak hujan lah..Mengantok tol wa pagi ni, sebab nya malam semalam masa kawan bek wa si Daouse tu angkat wa kat MC, kita orang pon gi la makan2 kat maple...planning asal wa nak makan asam pedas kt belakang hotel straits meridien, melaka......arggghhhh kempunan kejap wa...kol 11 lebih kot wa balik rumah..Sampai rumah, anak2 buah wa yg dari ipoh tu sambut wa..dah macam setahun x jumpa plak..pastu siap ajak wa tido ngan dia...teman dia lah...
Apa wa nak wat harini ye??? yg pasti klau tak ujan petang ni, wa nak gi jogging kt bukit cina ngan anak buah wa...tp nampaknya terpaksa belikan dia kasut sukan lah...kopak duit wa ini macam..2 minggu lepas, wa dah korbankan rm 200 lebih untuk Reebok baru wa...takpe2..lagi 3 hari, gaji wa masuk...bertabahlah...
Bosan lagik?
KLIK KAT SINI
Kuda2 menyanyi
Hai hai hai...selamat hari jumaat...boleh ke ucap macam tuh??? Wa ada sesuatu nak share ngan kau orang...apa dia?hehehe..jap..wa nak wat pendahuluan dulu...
KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
Ilusi mata
Wa memang suka ilusi2 mata nih...kali ni wa nak tunjukkan korang satu image...

My Blog List
-
NASI UNTUK PESAKIT METABOLIK2 months ago
-
-
987สล็อต3 years ago
-
-
-
23hb Feb 20 Borneo Half 5am6 years ago
-
Amalan Untuk Memasuki Syurga Tanpa Halangan6 years ago
-
MPKJ Half Marathon 2019 - Top 10 Results7 years ago
-
-
Seminar QSQ8 years ago
-
-
-
-
Route68 : Percubaan Pertama Ultra10 years ago
-
Soalnya HATI12 years ago
-
Malaysia Dan Angka Untuk 201213 years ago
-
-
-
10 Deepest Caves of the World14 years ago
-
-
-
The Arrivasl pt. 17 (War on Terror)18 years ago
-
-
-
-
-
-
Photography is my passion
My beloved baba and mak
My memories
You're beautiful but you're weak
Thinking of my future
About Me
Followers
Blog Archive
-
▼
2010
(184)
-
▼
December
(71)
- Selamat tahun baru 2011
- Melaka - Gambar
- Motor klasik
- Balik Kampung lagik..
- 2-1
- Gambar
- Makan-makan
- Mimpi
- Erkkk !!!
- Jogging lagik..
- hohohoho wa balik melaka lagi untuk kali yang ke -...
- TANDA-TANDA KIAMAT
- Surat untuk Dato' - lawak
- Gambar
- 12' 06"
- KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN ...
- 12' 50"
- Interview - lawak
- Lawak giler
- JANGAN MENYIKSA DIRI
- Mati kutu
- Faiz 25' 09"
- Samat pagi
- Bosan lagik?
- Kuda2 menyanyi
- KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S
- Ilusi mata
- Bukit Putus, suatu kisah
- Lawak - Siapa yang bodoh?
- Puntun muncung
- SUARA SYAITAN YANG MENGGODA KETEGUHAN IMAN
- Ngantoknya..
- L dan V
- Ujian otak
- Lawak lucah - 18 SX sahaja..kanak2 belum mimpi, jg...
- KAIN KAFAN DARIPADA RASULULLAH S.A.W
- Solat jenazah
- 16' 11"
- BOTOL DALAM ANU - GAMBAR
- KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY
- Gambar
- Gambar - mata yang cantik...bukan mata-mata yang c...
- Memo
- Sadie si penari gelek
- Adoi
- Busy nye wa
- Gambar - ini lah padahnya mengubah ciptaan tuhan
- Gambar artis bila tua..hehehe
- Jangan Bersedih
- AJ
- Carik rumah sewa
- Narnia
- Langit sangat cerah
- Gambar lawak
- Renung2 kan lah
- ORANG YANG PALING BERANI
- PTPTN
- Wear protection !!!!
- Jogging dan Dr Zeti
- Selamat Menyambut Tahun 1432
- Laptop masuk air & perempuan itu
- Cili paling pedas di dunia
- 10 gunung tertinggi di dunia
- Gambar2 air terjun
- Cerita
- TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA...
- Coret
- Dapat tawaran Uitm
- Coret mencoret
- lawak lagi
- Colombus ditipu 5 yahudi
-
▼
December
(71)













