Flickr

Kalau aku kaya

| 13 November 2010

Semua orang nak jadi kaya kan? Sape ler yang tak jeles ngan kekayaan Ananda Krishnan, Robert Kuok, Mokhtar Albukhari, Vincent Tan...Kalau ikotkan, rata2 dorang bukannya belajar tinggi pon sampai boleh dapat harta yang sebegini banyak...tapi harta banyak pon boleh buat orang lain jadi tak keruan..bukti nya. Kes Allahyarhamah Soosilawati (satu O ke dua O?)..Tamaknya pasal, si tuttttt tu sanggup bunuh dan bakar...aku dok terpikir, kalau la aku kaya....

1. Kalau aku kaya, adakaha hati aku ni tenteram? Kalau tgk orang kaya2 nih, rata2 rumah dorang besau2..harga tak main ar bawah sejuta dua..kurang2 pon berpuluh2 juta...Bila rumah besau dan mewah..mesti diorang risau pasal keselamatan kan? takot kene rompak. So, kene pasang sukurity guard plak..duit lagik...bil elektrik toksah cakap laa...kalau boleh malam2 tu, hanya rumah dia je yang nampak paling terang...

2. Kalau aku kaya, mustahil takde orang lain yang jeles..Taim ni, mungkin dorang pakai ilmu hitam nak kenekan aku..huhuhu takot beb..skang ni, walaupon dunia makin canggih..tapi benda2 macam ni, masih ada ahlul2 perniagaan buat..nak cepat kaya nye pasal n tak nak bersaing secara sehat..huhuh itu rejeki..Allah yang menentukan...

3. Kadang2 aku terpikir, kalau le aku ni macam Albukhari tuh, nak aje aku tolong org2 islam yang masih susah..yang masih tertindas ngan penipuan pemonopoli2 ekonomi ni...Aku pikir, aku patot buat satu sistem...aku bagi RM 100,000.00 (SATU RATUS RIBU SAHAJA) untuk dorang mulakan bisnes..tak payah bayar balik..bila dorang dah  berjaya, dorang kene bantu yang lain pulak dengan nilai bantuan yang sama..kalau tak..aku haram kan duit aku kasi tuh..boleh ke???kene ada perjanjian...hehehehe...kenapa la idea ni timbul?

4. Kalau aku kaya, aku nak turut serta dalam semua bisnes..dari produk2 keperluan harian, sampai la kepada keperluan asasi manusia..aku benci tol kapitalis2 malaysia nih...rata2 memang kaut keuntungan secara lebih, secara tipu..yang jadi mangsa..orang melayu...orang islam...

5. Paling penting...kalau aku kaya..adakah aku akan berubah menjadi manusia yg lupa??? yg lupa kpd nikmat tuhan, yang lupa kepada janji2 diri...huhuhu ini lagi bahaya....teringat aku satu perkataan...ISTIKHRAJ ! ibaratnya seperti kelakatu mendapat cahaya.....cahaya itu menarik kelakatu supaya mendekati dan lalai, tetapi cahaya itu panas..lama kelamaan, mati lah dia dalam kelalaian..Ya Allah, jauhkanlah dari semua itu..

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Blog Archive

Website counter