Hari ini hari yang hebat..Bunga api kedengaran berdentum-dentum dengan percikannya bergemerlapan di angkasa hitam. Cahaya terang melihatkan titisan hujan yang jelas kelihatan...Hari ini, negeri ku menyambut ulangtahun ke 8, sempena pengiktirafan Bandaraya Melaka Bersejarah...Bermulanya juga pesta gendang nusantara kali ke 14...Hebat !
Manusia bersusun-susun dengan senyuman-senyuman manis diukir, tentu nya....dengan kenderaan-kenderaan di bahu-bahu jalan, menyesakkan lagi perjalanan ke mana-mana hala..Alangkah indah nya hari ini, tapi masa esok akan meragut segala-galanya yang tercatat semalam...tapi masih tetap tersimpan dalam hati..
Selamat menyambut ulangtahun Ke -8 sebagai Bandaraya Melaka Bersejarah..semoga orang2 melaka mengekalkan kebersihan yang sedia ada, menjaga alam sekitar terutamanya sungai melaka (produk pelancongan) dan sentiasa berfikiran dengan minda kelas satu...(tetiba terasa skema sangat)..



No comments:
Post a Comment