Flickr

Info kesihatan

| 02 March 2011


Tadi wa gi seminar gaya hidup sihat kat Putrajaya anjuran HQ wa..memang best sebab banyak info wa dapat mengenai kesihatan dan penyakit.. Seminar ni tak lah lama sangat, lebih kurang jam 1pm, abes laa..yang paling penting..ada makan free..hahahaha…

Naseb baik wa ada salin apekebender yang penceramah tu ckp kat depan, boleh la jadik panduan kat wa atau kau orang untuk jaga kesihatan badan..Tapi wa paling berminat pasal Diabetes sebab sejarah keluarga wa ada penyakit tu and FYI, Diabetes ni penyakit keturunan, so kalau kau ada penyakit ni, berkemungkinan besar akan mewariskan kepada anak-anak kau orang…Disebabkan wa ada salin sikit-sikit, so wa nak kongsi la ngan kau orang..Ini apa yang wa salin :


# Untuk sentiasa sehat, kita kene 1) Makan makanan sihat, 2) sentiasa cergas dan wat senaman dan 3) sehat mental..jangan stress.

# Wa dibagitau, ada satu kajian dibuat..kalau kita stress, kita makan apa pon, kadar penyerapan makanan dalam badan takkan tinggi….so, janganlah stress..sentiasa beranggapan baik pada sesuatu…tapi..kalau kene marah..boleh ke kita tak stress?hahaha..tanya diri sendiri..

# Sayur kene sentiasa diambil dalam kuantiti ½ gelas..wa baru tau nih…dan sentiasa amek sayur2an yang pelbagai warna..wa lupa kenapa..

# Stress boleh menyebabkan penyakit bertambah terok,,Kat Malaysia, nisbah pesakit kanser adalah 1 dalam 4 orang..ntah ler..dia yang bagitau..tah betol tak..tak tau ler..


Jom amek tau pasal Diabetes (kencing manis) lak..

Orang yang kene kencing manis kene amalkan 3 prinsip nih

1 ) Jenis Makanan
2) Jumlah Makanan
3) Waktu Makan

Tips :

# Ambil breakfast pada 6pagi- 9pagi..jangan ambil makanan lepasa dari masa tuh.
# Kalau makan malam, makan pada pukul 7 atau ke bawah
# Tidur selepas 3,4 jam selepas makan..jangan pas makan trus tidur sebab mengantuk

Gula

# Mengandungi 99% karbohidrat
# 1 sudu gula mengandungi 20 kalori dan 20 kalori ni cukup untuk kita panjat dan turun tangga sebanyak 14 tingkat bangunan..Kalau tak wat aktiviti fizikal, gula tersebut akan disimpan dalam badan -à spare tyre kat perut tuh..

Diabetes : Ada 3 jenis…(tapi sebenarnya ada 3 jenis..mcm yang dia bagitau laa)..

# Type 1 ( Dapat sejak kecik)
# Type 2  ( Daripada keturunan..tapi boleh cegah untuk taknak kene diabetes..yang ini mcm wa nye situasi la)
#  Dari ibu mengandung….(yang jenis ni hanya pada waktu mengandung aje..lepas bersalin ok dah.tpi kalau waktu mengandung, ibu tak control gula, kemungkinan anak akan kene diabetes sepanjang hayat))

Jom kita amek tau sket pasal mekanisma dia :

Makanan yang kita makan akan ditukarkan kepada bentuk yang paling asas iaitu Glukosa..Glukosa kemudian akan di bawa ke sel-sel badan ..Terdapat satu hormon yang dipanggil insulin yang dihasilkan dalam pankreas..Insulin ni kemudian akan tukarkan glukosa kepada tenaga….masalahnya…Glukosa yang tak digunakan akan ditukarkan kepada lemak..

(Pesakit diabetes akan mengalami penurunan berat badan sebab lemak yang ada dalam badan (lemak yang tak ditukarkan jadi tenaga tuh) akan digunakan untuk ditukarkan menjadi tenaga..)..eh leh paham ker?


Pesakit Diabetes boleh makan apa??

#      Sayur hijau
#      Semua minuman tanpa gula
#      Beras perang
#      Roti hi-fibre (sebab fibre akan tangkap glukosa dalam badan)


Makanan yang perlu dihad kan

#  Pisang
#  Ubi kentang
#  Nasi (sumber karbohidrat utama..eh kau orangtau nasi juga ada gula..xcayer..korang rasa nasi tu..ada rasa mcm manis sket tak?)


Indeks Glysemik

Semua makanan ada indeks glysemik..pesakit diabetes perlu makan makanan yang mempunyai indeks glysemik yang rendah..indeks glysemik yang tinggi kene dielakkan…bermaksud banyak gula la…

Soya – 16
Tembikai – 72
Madu – 62
Gula pasir – 64
Bijirin Cornflakes – 83
Jus epal – 40 

Untuk tau pasal indeks glysemik ni..sila KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter