Damn !! wa tak suka tol gambar melalui HP ni..kualiti nya trok sket..wa tak tau la kalau Sony Ericsson ok sket berbanding Nokia dari segi kualiti gambarnya...Wa baru beli HP, Nokia E72..and skang rasa ada sket nyesal sebab wa tak godek2 dulu before beli...bila dah beli, baru wa tau yang camera HP sentiasa berbunyik kalau time amek gambar..tak best betol la bagi sesapa yang suka wat candid camera..Ok..wa nak kasi taruk sket gambar dalam entry baru nih..layannn
Ari khamis lepas, wa ngan budak2 rumah gi Downtown Cheras nak beli kasut bola..almaklumler esoknya kami ada game kat Stadium Panasonic Shah Alam..kasut lak takde..wa tak main sebab kaki wa dah terpeleot..jadi wa temankan member wa cari kasut...Lepas carik kasut bola, gi la merayau2 kat setiap gerai..Ada sorang brader ni, keje dia ubatkan orang Resdung dan kebetolan, member wa mat kelantan ni ada resdung lak..Jadi, temankan la dia kejap untuk wat rawatan...Bayaran yang dikenakan sebanyak RM20..hanya lebih kurang 10minit aje..Wa ngan member wa yang sorang lagi mcm berminat, jadi akhirnya rm60 sudah terbang laa...yer..yang kat atas tu kawan2 wa..
Ada api kau...bila dia bakar kertas tu, and alirkan asap kat muka wa..wa rasa mcm geli la pulak..macam kau orang tadah muka kat wap nasik..macam tu laa..and bila dia alrkan asap masuk dalam hidung, wa rasa pedih giler..alst2 wa tahan napas aje..lagik senang..hahaha.
Ini TBS-BTS...Bapak panjang tol nama station bas baru ni..TBS stands for Terminal Bersepadu Selatan dan BTS stands for Bandar Tasik Selatan, bersesuaian dengan lokasi station ni..Station bas baru ni memang canggih giler beb..wa rasa macam dalam airport lak..jauh berbeza ngan kat bukit jalil yang berhabuk tuh...Kat sini wa rasa lebih sistematik dan paling penting anti-ulat, yang wa rasa macam nak tumbuk je muka sekor2 ulat tuh...Kat Bandar Tasik Selatan, semua kemudahan dipusatkan kat situ..ada Komuter, STAR LRT, ERL dan bas Rapid KL..So senang jugak la kalau ini macam..lagipon kalau nak balik melaka dari TBS, tak perlu nak redah jam yang teruk kat bandar KL..
Kat bahagian dalam TBS memang cantik..Ini first time wa masuk TBS..Sebab selalunya Transnasional "melepak" kat Bukit Jalil aje..Kaunter tiket dia memang banyak, orang2 nya pon ramai memandangkan kapasiti TBS ni besar untuk menampung orang ramai..Ada board besar yang kalau kau orang leh nampak dalam gambar kat atas tu...tapi memang pening sket la nak tengok sebab sentiasa bergerak2 laju...
Syiling kat bumbung TBS ni pon cantik..wa rasa sejajar dengan pembangunan KL yang semakin pesat dan sesak dengan orang2 nya, kemunculan TBS ni memang sesuatu yang menepati citarasa semasa..
Kau orang jangan tak percaya, kat sini bukan leh wat sesuka hati tau..Bukannya kau orang leh tunggu bas ikot suka hati jer..yang menentukan kau orang boleh berada kat bawah tu adalah abg2 polis yang mcm dlm gambar kat atas ni..katakan bas kau orang bergerak kol 6.30pm, kau orang takleh turun kat bawah selagi jam belum masuk pukul 6pm..kalau masih 5.45pm, sila lah tunggu lagi 15 minit kat atas sebelum turun ke bawah..apa macam.sistematik tak??
Wa sampai Melaka Sentral jam 8.30pm macam tu...sampai kat situ, wa trus carik toilet nak kencing laa...Wa nak gitau, dulu kan, kaT melaka Sentral, toliet dia takde conteng2 pon..kalau kene conteng, cepat2 dia padam..tapi skang ni wa tengok contengan tu tak terpadam dah...agaknya makcik cleaner dah penat nak padam2 kot..Vandalism merata2, tak kira kat mane sekalipon...Even kat Europe, US pon macam tu jugak..semuanya mentaliti punya pasal...Kau orang tengok la gambar kat atas ngan kat bawah ni...Dah takde keje lain..kalau sangap sekalipon, sila lah guna tangan sendiri..waaaaaa mengajar plak..hohoho..
P/S : Sila abaikan nombor telefon kat atas tuh...











No comments:
Post a Comment