Apa lah nak jadi dengan dunia zaman sekarang...harga barang semakin naik, harga minyak pun asyik naik dan yang terbaru tarif elektrik dinaikkan...gaji tak naik2 pulak..sama aje...wa dah bosan dah dengan alasan2 kerajaan padahal banyak pembaziran sana sini dilakukan oleh kerajaan...Permata yang ntah ape2 ntah tu diberikan lebih RM 100 juta....apa hasil yang kita nampak? Bangunan 100 tingkat nak dibuatnya, sedangkan banyak lagi tingkat2 yang kosong kat KLCC...Citrawarna yang baru2 ni, kau orang ingat kerajaan tak kuarkan duit yang banyak ke?takkan setiap penari2 citrawarna tu datang dengan sukarela nya? xde beb..semuanya dibayar....kau orang ingat penari2 tu 100 orang?200? Lebih dari tuuu...itu semua duit rakyat tu...di saat2 kegawatan ekonomi, relavan ke Citrawarna tuh? Menyampah wa tengok citrawarna kat TV aritu..Rakyat semakin terbeban dengan keadaan ekonomi sekarang....kalau kau orang punya income bulanan RM2500.00 dan tinggal pulak kat KUALA LUMPUR, kau orang ni dikira miskin beb....MISKIN BANDAR....dengan gaji yang sebanyak itu, nak bayar duit ansuran bulanan lagi, duit itu, duit ini, perbelanjaan anak2 lagi...kalau macam ni, semakin ramai la yang bunuh diri...Kenapa lah tak diambil kira faktor sosioekonomi rakyat?
Kita bukan marah Kerajaan sangat, kalau kita yang memerintah sekalipon, belum tentu kita dapat mengatasi keadaan ekonomi yang meruncing, tapi yang kita marah kan bila pembaziran dibuat di sana sini..pembelanjaan yang tak sepatutnya dibuat, dia buat nya pulak...Akhirnya duit yang ada semakin berkurangan, nak menampung kos subsidi pon dah kurang mampu...Wa fikir, bagi orang-orang atasan yang pangkat tinggi2 tu patut dikurangkan atau di potong terus elaun-elaun yang wa fikir kurang munasabah..baru fair pada orang2 yang berpangkat rendah...Elaun-elaun dia orang je dah mcm dua bulan gaji orang pangkat rendah...huhuhu...
Inflasi sekarang jugak sangat2 dirasai....dulu dengan RM50, banyak jugak yang kita boleh beli, tapi sekarang disebabkan harga barang yang semakin naik, RM 50 tu nilai dia dah semacam RM 20 saje....Wa merayu, untuk beberapa tahun akan datang ni, tolonglah jangan naikkan harga minyak, tarif elektrik sebab ini lah yang mengubah harga2 barang semasa....bila harga minyakpetrol naik, kos pengangkutan akan naik...so tokey2 sayur, ikan bla bla bla akan mengenakan harga barangan mentah tersebut lebih tinggi berbanding sebelumnya..dan inilah yang ditanggung oleh mak-mak kita yang pergi ke pasar, tokey2 restoran makanan..dan kita sendiri sebagai pengguna/org yg suka makan kat luar...fikir-fikir kan lah..

No comments:
Post a Comment