Flickr

Negara antara dua benua

| 09 May 2011

Click for large image
Pernah dengar negara antara benua? tak pernah? okai...Turki merupakan negara antara dua benua pasal sebahagian turki terletak di benua asia dan sebahagian lagi kat benua eropah....Turki negara sekular yang mana walaupon lebih 95% dari rakyat nya beragama Islam tapi Islam tidak di iktiraf sebagai agama rasmi Turki. Sekular bermaksud, agama dipisahkan terus dari kehidupan harian. Macam kat Malaysia, kalau ada majlis2 rasmi kerajaan, akan ada bacaan doa ke ape ke kan yang bersifat keagamaan sikit, tapi kat turki xde macam tuh. Nak tau undang-undang masa Kamal Ataturk memerintah turki??? ini wa cilok dari www.muslimdiary.com.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu- tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang- undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

.
.
.
.

Turki bersempadan dengan 8 buah negara iaitu Bulgaria, Greece, Georgia, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq dan Syria. Sempadan antara Asia dan Eropah ditandakan melalui Laut Marmara. Disini terdapat satu jambatan yang dinamakan Jambatan Bosphorus yang memisahkan Turki sebelah Asia dan Turki sebelah Eropah.

Jambatan Bosphorus, Istanbul
Turki mempunyai populasi 73.7 juta orang. Di Istanbul sahaja populasinya adalah cukup besar dengan 12 juta orang...Turki ni negara yang cantik (semua negara cantik kan..ciptaan tuhaan beb)..jom kita tengok gambar2 yang berkaitan ngan Turki nih..


Anatolia

Gunung Ararat yang menyimpan kisah silam

Artvin

Balikesir

Bolu

Bolu

Bolu

Bursa

Cappadocia

Cappadocia

2 comments:

ZWAN SABRI said...

Ayoooo. Kamal ni punya angkara la pasaipa rakyat turki lani x brapa nak mengamalkan islam sangat.. tp aku tringin nak pi turki.. Turki best... HEHE

MySuaraBlog: Penangan Harga Setem

Ariz Abdullah said...

wan..jom gi turki...aku pon tak pernah gi turki..tapi mak pak aku penah gi..dorang kata turki cantik sgt..

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter