Flickr

The Nedherlands 3

| 01 November 2012

Hari yang ke berapa wa gi sini, wa tak ingat lah pulak tapi yang pasti dalam first week tu lah...Red Light District sangat famous seluruh dunia....kalau tak famous bagi kau orang, bermaksud kau orang tak pernah dengar pon pasal RLD tuh....RLD terletak kat Amsterdam, sekitar Amsterdam Central. RDL adalah tempat pelacuran yang beroperasi secara halal, sama seperti ganja yang kau orang boleh hisap kat mana2 aje di serata Belanda. Dua aktiviti haram ni memang halal di Belanda. Actually wa tak terfikir pon nak pergi ke RLD ni, tapi sebab maksu wa yang nak bawak...wa follow aje lah....yer...maksu wa....agak excited jugak sebab first time tengok tempat pelacuran secara live. Wa sampai RLD waktu malam..cuaca tak berapa elok..hujan renyai2 (hujan di belanda tak macam kat Malaysia..hujan dia sentiasa renyai2...& lama) tapi kami redah aje...DSLR sentiasa wa bawak kalau wa pergi ke mana2 tapi sebenarnya tak berani nak snap photos....Sampai ke RLD, orang ramai giler...tapi wa rasa mostly pelancong kot....maksu wa jalan cepat giler...bersesak2 dengan ramai orang, dia boleh mencelah sana sini. Malam, suhunya sejuk..lebih kurang 12 degree celcius.  RLD, walaupun nama yang kotor, tapi pemandangan dia cantik...maksudnya, ada canal kat tengah2, tiang2 lampu dipasang sepanjang canal, cahaya lampu melimpah ke atas air menampakkan satu pemandangan yang cantik....tapi sebenarnya....semua canal kat Amsterdam ni cantik2, tak terhad pada RLD saje...Kebersihan memang satu aspek yang sangat2 diutamakan oleh kerajaan Belanda, and Paris pon jatuh pada ranking bawah dari segi kebersihan. Maybe kita boleh belajar sesuatu yang bagus dari dorang ni. Cerita pasal RLD lagi....kat tepi canal, ada kawasan pejalan kaki yang mana bersebelahan dengan bangunan2 yang penuh dengan bilik2 kaca...dalam bilik kaca , ada pelacur2 yang hanya pakai bra ngan g string, ada jugak yang pakai bra "glow in the dark"...sambil2 buat aksi manja and sexy, dia buat isyarat tangan supaya masuk melanggan. Wa fikir, ada beratus2 bilik kaca..means ada beratus2 orang pelacur yang carik "rezeki". Dalam ramai2 pelacur tu, maksu wa bagitau, ada jugak orang melayu yang bekerja kat RLD...orang melayu Melaka....argghhhh kenapa org negeri wa terlibat sama nih...hehehe...Kat RLD, wa tak lama sangat...pusing2 macam tu saje. Sempat jugak nampak Sex Shop, Sex Theater, Coffee Shop (bukan kedai kopi tapi kedai jual ganja)...tapi tak masuk sebab tak berani. 


Gambar kat atas ni, lokasi yang xjauh dengan Red Light District pasal wa x berani nak amek gambar...taku kene pukul lak nanti ngn gengster.....suasana RLD lebih kurang sama mcm dlm gambar kt atas cuma RLD sesak dengan orang....nak tengok pic RLD, google aje..


Hanya gambar itik ni aje sempat wa snap kat RLD.....Jadi la kan??


Keluar dari Red Light District, kami jalan kaki ke Leidseplein...dekat area sini, banyak kedai2 eksklusif tapi kami hanya tengok2 saje, bukan tak mampu nak beli tapi nak kejar masa balik ke rumah. Ada satu bangunan tu, jadi tempat penyokong kelab Ajax Amsterdam meraikan kemenangan...Cara diorang meraikan kadang2 melampau jugak, sampai panjat2 pokok...memang betol2 fanatik dengan Kelab terkenal tu...kadang2, sepanjang jalan atau kawasan lapang di Leiseplein, penuh dengan penyokong2 Ajax Amsterdam..Begitu dasyatnya penangan Ajax Amsterdam..eh btw, pronounciation untuk Ajax Amsterdam ialah AYAK AMSTERDAM. J ditukarkan kepada Y...sebutan untuk A ialah "aa"...bukan "eh"..di Leidseplein, sempat bergambar dengan letter I AMSTERDAM yang famous tuh...macam2 aksi pada malam tuh..yalah..malam2, mana ade org nak bergambar sangat...










Sampai rumah, maksu wa pesan......" Jangan lupa mandi wajib"......(malu kejap)

The Netherlands 2

| 31 October 2012

Sampai rumah maksu, wa ngan amin rehat2 kejap sambil bukak beg yang berisi makanan yang banyak giler tu....tapi yang paling maksu suka ialah putu mayam pemberian pakcik wa....hurmmmm putu mayam without the gula merah ngan kelapa...hahahahaha..mana pergi ntah atau sengaja tak dibawa sebab berkemungkinan basi...lantak lah...Dalam bilik, wa qada' solat subuh yang tertinggal.



Tengahari sikit, uncle Rahmat datang ke rumah untuk bawak ke surau. Solat jumaat tak boleh tinggal beb....Pakcik wa tu kalau bab solat, agak strict sikit...almaklumlah dia kan cikgu yg mengajar kat sekolah agama. Surau yang wa pergi ni pon actually bukan surau melainkan hanyalah sebuah dewan yang disewa oleh orang-orang indonesia, maka.....khutbahnya pon dalam bahasa indonesia. Dan kebetulan, dewan surau tu sebenarnya dalam sekolah El Amin, sekolah yang pakcik wa mengajar tu..Habis solat jumaat yang bercampur lelaki perempuan, makcik wa kenalkan wa n amin pada semua para jemaah kat situ, termasuklah para pegawai kedutaan Malaysia dan orang-orang indonesia. Wa sempat kenal dengan sorang journalist untuk majalah/surat khabar Republika Indonesia.. and ramai lagi.







2nd day, ada majlis tahlil kat rumah orang kedutaan di Den Haag (The Hague)...jauh jugak Den Haag kalau dari Amstelveen, kalau by car..45minit macam tu. Sampai kat rumah besar tu, wa n amin mati kutu dah...dengan siapa nak berborak pun tak tahu lah..sampailah maksu wa introduce kan wa kat kengkawan dia. Tuan rumah besar tu, pompuan....baik betul dia laki bini. Laki dia tak bekerja, just duduk rumah. Masa mula2 masuk rumah, Puan Jamilah yang tuan rumah tu siap cakap muka wa macam edry KRU....naik malu kejap pasal dia cakap kuat...Makcik wa xde respon pon sebab dia langsung tak kenal band Malaysia tu...Sebelum majlis tahlil bermula, semua tetamu solat asar secara jemaah. Macam-macam bangsa ada termasuklah mat salleh.dalam ramai2 tu, wa sempat lah jugak buat pemerhatian..kebanyakkan ari tetamu yang datang adalah orang melayu yang tinggal kat Belanda...dan apa yang menariknya...cara diorang tu dah xmacam melayu...kulit diorang, cara pergaulan diorang, even cakap pun kadang2 bukan bahasa melayu...ramai jugak yang guna bahasa Belanda.Wa duduk di satu tempat, berdua dengan amin. Tiba2 datang sorang pakcik, umur lebih kurang 65 tahun..tua dah...dah tinggal dan bekerja kat belanda selama lebih 40 tahun...dengan pakcik tu lah kami berborak. Dia banyak cerita pasal pengalaman hidup kat negara orang nih. Kita pun layan aje lah.











Agak lama jugak wa kat rumah besar tu sampai naik bosan sangat. Wa pandang muka maksu wa dengan harapan dia paham yang wa tak mau la lama2 kat situ. Tapi nampak nya tak berhasil pun.Dalam kebosanan yang amat tu, berkenal la wa dengan Uncle Joe..dia orang cina Indonesia..tapi muka dia macam orang jepun, masih hensem dan tegap..Kami kongsi satu persamaan. Dua2 suka Anneke Gronloh dan Bing Slamet. Dia heiran macam mana orang muda macam wa boleh kenal penyanyi2 lama...Ah biasalah, ini semua kuasa Youtube.....Lewat petang, terus balik ke rumah naik tram tapi jauh jugak nak menapak ke station...nasib baik lah kiri ngan kanan jalan, banyak pemandangan cantik2 dengan daun pokok bermacam2 colour.

Balik rumah.....rehat puas2......

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter