Hari yang ke berapa wa gi sini, wa tak ingat lah pulak tapi yang pasti dalam first week tu lah...Red Light District sangat famous seluruh dunia....kalau tak famous bagi kau orang, bermaksud kau orang tak pernah dengar pon pasal RLD tuh....RLD terletak kat Amsterdam, sekitar Amsterdam Central. RDL adalah tempat pelacuran yang beroperasi secara halal, sama seperti ganja yang kau orang boleh hisap kat mana2 aje di serata Belanda. Dua aktiviti haram ni memang halal di Belanda. Actually wa tak terfikir pon nak pergi ke RLD ni, tapi sebab maksu wa yang nak bawak...wa follow aje lah....yer...maksu wa....agak excited jugak sebab first time tengok tempat pelacuran secara live. Wa sampai RLD waktu malam..cuaca tak berapa elok..hujan renyai2 (hujan di belanda tak macam kat Malaysia..hujan dia sentiasa renyai2...& lama) tapi kami redah aje...DSLR sentiasa wa bawak kalau wa pergi ke mana2 tapi sebenarnya tak berani nak snap photos....Sampai ke RLD, orang ramai giler...tapi wa rasa mostly pelancong kot....maksu wa jalan cepat giler...bersesak2 dengan ramai orang, dia boleh mencelah sana sini. Malam, suhunya sejuk..lebih kurang 12 degree celcius. RLD, walaupun nama yang kotor, tapi pemandangan dia cantik...maksudnya, ada canal kat tengah2, tiang2 lampu dipasang sepanjang canal, cahaya lampu melimpah ke atas air menampakkan satu pemandangan yang cantik....tapi sebenarnya....semua canal kat Amsterdam ni cantik2, tak terhad pada RLD saje...Kebersihan memang satu aspek yang sangat2 diutamakan oleh kerajaan Belanda, and Paris pon jatuh pada ranking bawah dari segi kebersihan. Maybe kita boleh belajar sesuatu yang bagus dari dorang ni. Cerita pasal RLD lagi....kat tepi canal, ada kawasan pejalan kaki yang mana bersebelahan dengan bangunan2 yang penuh dengan bilik2 kaca...dalam bilik kaca , ada pelacur2 yang hanya pakai bra ngan g string, ada jugak yang pakai bra "glow in the dark"...sambil2 buat aksi manja and sexy, dia buat isyarat tangan supaya masuk melanggan. Wa fikir, ada beratus2 bilik kaca..means ada beratus2 orang pelacur yang carik "rezeki". Dalam ramai2 pelacur tu, maksu wa bagitau, ada jugak orang melayu yang bekerja kat RLD...orang melayu Melaka....argghhhh kenapa org negeri wa terlibat sama nih...hehehe...Kat RLD, wa tak lama sangat...pusing2 macam tu saje. Sempat jugak nampak Sex Shop, Sex Theater, Coffee Shop (bukan kedai kopi tapi kedai jual ganja)...tapi tak masuk sebab tak berani.
Gambar kat atas ni, lokasi yang xjauh dengan Red Light District pasal wa x berani nak amek gambar...taku kene pukul lak nanti ngn gengster.....suasana RLD lebih kurang sama mcm dlm gambar kt atas cuma RLD sesak dengan orang....nak tengok pic RLD, google aje..
Hanya gambar itik ni aje sempat wa snap kat RLD.....Jadi la kan??
Keluar dari Red Light District, kami jalan kaki ke Leidseplein...dekat area sini, banyak kedai2 eksklusif tapi kami hanya tengok2 saje, bukan tak mampu nak beli tapi nak kejar masa balik ke rumah. Ada satu bangunan tu, jadi tempat penyokong kelab Ajax Amsterdam meraikan kemenangan...Cara diorang meraikan kadang2 melampau jugak, sampai panjat2 pokok...memang betol2 fanatik dengan Kelab terkenal tu...kadang2, sepanjang jalan atau kawasan lapang di Leiseplein, penuh dengan penyokong2 Ajax Amsterdam..Begitu dasyatnya penangan Ajax Amsterdam..eh btw, pronounciation untuk Ajax Amsterdam ialah AYAK AMSTERDAM. J ditukarkan kepada Y...sebutan untuk A ialah "aa"...bukan "eh"..di Leidseplein, sempat bergambar dengan letter I AMSTERDAM yang famous tuh...macam2 aksi pada malam tuh..yalah..malam2, mana ade org nak bergambar sangat...
Sampai rumah, maksu wa pesan......" Jangan lupa mandi wajib"......(malu kejap)






No comments:
Post a Comment