Flickr
Showing posts with label india. Show all posts
Showing posts with label india. Show all posts

Thaipusam

| 09 February 2012

Semalam seperti yang wa janji kan, wa akan letak gambar2 sempena penganut hindu Malaysia menyambut Thaipusam iaitu perayaan bagi menghormati Dewa Murugan, mengikut kepercayaan diorang laa...selanjut nya wa tak tau...ahahaha....cukup la sekadar tau basic sikit2 je...tokleh lebih2...

Dalam kol 4 lebih, wa merempit ke Batu Caves...jalan clear je..nohal...tapi itu pon masa belom sampai Batu Caves laa...bila sampai sana je, ya ampun....bershushun2 kereta kat tengah jalan...masalah tol....wa pening pale, kat mana nak parking motor wa ni....last2 wa jumpa ada port baik nya...kat sebelah van jual makanan ringan...orang melayu yang jual...wah opportunist betol abg tuh..tapi takpe lah...rezeki tuhan di mana2 kan...bagi menjaga keselamatan motor wa, wa beli air kat brader tu lepas tu borak2 mesra...dah mesra baru lah boleh cocok jarum mintak brader tu tolong tengok2 kan motor wa...ahha...bijok bijok....

First impression wa pasal perayaan ni ialah....pengotor nya diorang ni....buang sampah merata2...sampah boleh dilihat kat mana2...baik di tepi jalan, tengah jalan, bawah fly over...semua nya ada..melambak2.....dah mumbusut dah sampah yang dilonggok kan...musykil betol pasal, wa tak nampak ada tong sampah disediakan..atau mungkin wa terlepas pandang..ini mungkin kesilapan mata wa.....botol2 arak jenama carlsberg dan Tiger terbaring baik punya kat tepi2 jalan....urmmmm memang mabuk tak ingat nya....

Dalam kepala wa bila dah sampai ke situ, cuma nak panjat tangga menuju ke gua tuh..wa dah lama teringin nak masuk gua batu ni..nak tau ape ada dalam tuh...macam menarik je untuk diterokai...tapi sebelum tuh, kat luar...atau lebih tepat di tanah landai, kelihatan beribu2 orang yang berkulit gelap tuh...di bawah fly over, ada sekumpulan orang tengah berehat, sempat melepaskan lelah dengan tidur sekejap...atau lama....deretan gerai makanan ringan dengan "booth" menggunting rambut memang banyak...untuk pengetahuan, orang orang india yang bernazar akan mencukur rambut sampai licin, dan kesempatan ini diambil oleh tukang2 gunting rambut untuk menjana pendapatan sampingan....manyak untung woooo....tak kurang juga orang2 melayu dan cina yang berniaga apa2 jugak barang, dari cermin mata hingga kepada air minuman...

Pada satu kawasan, terdapat ramai orang sedang berkerumun sambil rebana dipukul2....sebenarnya tak tau ape ke benda alat music yang dorang guna tuh....boleh je kan panggil rebana...tak jauh beza pon....dua tiga orang sedang menari-nari...yang lain sekadar menjadi penonton dan...ketawa...tak ubah macam dalam filem tan sr p ramlee tu, yang jual obat...."Oh Obat...Oh Obat...mari beli obat, kalau lah terlambat..melepas"...haaa filem yang tuh....Sempat lah wa snap gambar2....

Di pintu gerbang masuk kelihatan jurugambar2 luar negara, kelihatan juga lori TV3 yang datang buat liputan...almaklum lah....ritual nya setahun sekali...wa dimaklumkan, hanya di malaysia sahaja sambutan thaipusam disambut dengan besar-besaran....di India tak macam ni yang mana thaipusam disambut dikuil2 dan tidak berpusat seperti di Batu Caves....itu wa tak tahu sejauh mana kebenarannya..mungkin betul juga....

Terdapat dua lorong laluan yang disediakan,..satu khas hanya untuk orang yang bernazar dan satu lagi laluan untuk orang awam macam wa nih...bayangkan kalau tak disediakan dua laluan, orang2 yang bernazar akan bersaing dengan orang2 awam...dah la orang yang bernazar tu, membawa bersama beban yang terpikul..maksud wa, yang cocok2 kat badan tu lah...yang perempuan nya, menjunjung belanga besi...wa tak tau la apa kat dalam belanga tu..susu mungkin....pssttt trend terbaru adalah dengan menggantung durian kat belakang....wa ada gambar dia..kejap lagi wa masukkan okay...

Wa naik ke anak tangga yang berjumlah 273 (sumber di wikipedia..wa tak kira pon) ...urmmmm sebenarnya bagi wa tak lah berapa penat pon, cuma pada orang2 tua tu...almaklumlah fizikal pon tak kuat..memang satu dugaan buat mereka lah...sampai kat tangga terakhir, penganut hindu meletakkan tangan kat tangga terakhir tu ...apa maksud nya tidak lah diketahui....hurmmm..dalam gua agak gelap...sebatang tiang lampu besar...spot light tercacak kat situ, menerangi sebahagian gua yang kelam tuh...dalam tu, kita kene menuruni bukit sikit...lantai gua bersepah sepah dengan botol2 plastik minuman, sampah sarap merata2...kalau kat bawah dah bersepah, kat dalam gua pon bersepah jugak...hadoi....di suatu sudut, kelihatan beberapa penganut hindu menyusun duit syiling pada dinding gua....time ni wa teringat scene filem THE COLOR OF PARADISE (mesti tengok, ianya adalah mengenai kehidupan dan seperti syurga di dunia) , <--sila click) filem Iran arahan Majid Majidi  <-- sila click) yang mana terdapat wanita tua meletakkan lilin di dinding makam ulama syiah....serupa macam tuh....Kat dalam gua, wa tak amek masa lama...cukup la sekadar memerhatikan saja apa yang ada dalam tuh...sekarang masa untuk turun ke bawah....menjadikan 546 anak tangga telah aku pijak....Sampai bawah, hujan turun mencurah2...sempat "menyelamatkan diri" kat bawah fly over, itu pun setelah berhempas pulas bersaing dengan penganut2 Hindu yang lain.....time ni, bau nya toksah cerita laaaa..kau orang pon faham2 la kan....









































































Supertall Skyscrapers project

| 21 April 2011

 India Tower, India
725m



Pingan International Finance Centre, China
648m


Tokyo Sky Tree, Japan
634m



Shanghai Tower, China
632m




Abraj Al-Bait Towers, Saudi Arabia
601m



1 World Trade Center, US
541m


Chow Tai Fook Centre,China
530m


Pentominium, Dubai
516m

Kingkey Finance Tower, China
460m


Princess Tower, Dubai
414m


Al Hamra Tower, Kuwait
412m


Marina 101, Dubai
412m


2 World Trade Center, USA
411m


23 Marina, Dubai
395m


Dalian Eton Center, China
388m


Capital Market Authority Headquarters, Saudi Arabia
385m


Forum 66, China
384m


Central Market, Abu Dhabi
382m


Elite Residence, Dubai
380m


Mercury City Tower, Russia
380m


3 World Trade Center, USA
378m


Emirates Park Towers, Dubai
376m


The Pinnacle, China
360m


Sino-Steel Tower, China
358m


Hanoi Landmark Tower, Vietnam
343m


Samsung Parc 1, South Korea
338m


The Torch, Dubai
338m


ADNOC Headquarters, Abu Dhabi
335m


Lamar Towers, Saudi Arabia
335m


Modern Media Center, China
332m

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter