Alhamdulillah lega dah rasa hati....selesai dah bawak jalan kakak and anak buah wa kat area KL.... Walaupun penat, tapi enjoy...dari Ancasa Hotel tempat menginap kami sampai lah ke KLCC, Bukit Bintang, bla bla bla...Nasib baik lah KL ni macam Melaka..jalan kaki pon boleh sampai ke banyak tempat...
Weekend, manusia memang ramai kat certain areas....contohnya kat Jalan TAR and Bukit Bintang...bersesak-sesak lah jugak. Dari KLCC, jalan kaki ke Bukit Bintang...bermandikan peluh..wa paksa jugak dua orang tu jalan...yalah..kata nak tengok Kuala Lumpur..alang2 tuh, biar tengok betul2 macam mana kehidupan manusia malam hari kat area Bukit Bintang tuh....baru dia tahu yang Melayu ramai masuk ke pub/disco/bar..bla bla bla.......biar dia tengok sendiri perempuan melayu yang merokok....yang pakai seksi2....yang berkepit gnan mat salleh...Harap anak buah wa tak macam tu lah nanti bila besar..
Nak citer pasal makan pulak...kat food court "KLCC" (tau tak makna KLCC? Kuala Lumpur City Centre...tapi sebab kita dah biasa merefer bangunan berkembar tu sebagai KLCC..So melekatlah dalam kepala sebagai KLCC padahal Menara Berkembar PETRONAS je) ada satu kedai jual makanan Jepun...kat hujung sekali yang menghadap pemandangan taman KLCC tuh...kalau kau orang ke sana, cuba lah Beef/Chicken Teppanyaki...memang sedap and berbaloi...wa makan sampai tak habis....wa jarang giler kalau makan tak habis nih...ape2 pon memang best...nanti gi try k?
Sewaktu kat Jalan TAR, tak jauh ngan SOGO...dari kejauhan dah dengar ada satu kumpulan berteriak kuat....wa tak pasti apa bende tuh, and pasal apa..sampai lah wa tunggu kumpulan tu bergerak menghampiri wa....Rupanya ada satu perarakan dari golongan mahasiswa/siswi universiti yang macam nak suaranya didengar kerajaan...actually wa tak pasti pasal apa..walaupon dengan jelasnya wa dapat dengar....perarakan adalah secara aman dan teratur..polis (atau FRU) ada je kat mana2....and..takde langsung keganasan secara fizikal berlaku...at last, trafik kembali semula normal...alhamdulillah... (new info : perarakan tu takde kene mengena langsung ngan pilihanraya umum..bla bla bla...cuma berkaitan ngan pilihanraya kampus aja, yang mana diorang minta supaya diadakan pilihanraya kampus secara bersih dan berintegriti. Sumber : BOIKOT UTUSAN )









1 comment:
KL cukup menyemakkan minda hehehe
Post a Comment