Harini wa telah gi satu taklimat kat Hotel Melia Kuala Lumpur berkenaan dengan Green Hotel....(Hotel Melia terletak bersebelahan dengan Low Yatt Plaza)....Green Hotel tu amender yer.....Kalau mengikut pemahaman wa masa attend taklimat ni, Green Hotel adalah hotel yang mengamalkan konsep mesra alam. Untuk mengamalkan konsep ini, hotel berkenaan haruslah menukar cara kerja atau menggunakan bahan-bahan yang mesra alam, contohnya sabun, shampoo yang biodegradable, bahan mentah makanan yang organik, plastik sampah yang biodegradable ( bermaksud bersifat organik dan mudah mereput dalam tempoh masa yang pendek). Dari segi energy saving, pihak hotel haruslah menggunakan bulb yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik instead of guna lampu-lampu kalimantang yang kita tahu memang "kuat makan elektrik"....
Pada sesi petang, kita orang dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menjalankan penilaian kepada Hotel Melia Kuala Lumpur. Penilaian dibuat pada 6 department dan markah akan diberi berdasarkan kepada pemerhatian pemeriksa terhadap setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh ke enam-enam department ini. Bagi wa, hotel ni memang betul-betul mengamalkan konsep mesra alam dan memang layak untuk dapat pengiktirafan sebagai Green Hotel...Nak citer banyak wa takut macam mendedahkan "rahsia" hotel plak...tapi apa yang wa boleh cakap, di sebabkan General Manager hotel ni orang Switzerland yang sangat terkenal dengan kebersihan negara nya, hotel ni bertukar dari hotel yang biasa kepada hotel yang lebih mesra alam. Banyak perubahan telah dibuat bagi mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar...Satu usaha murni dari pihak Kementerian Pelancongan Malaysia yang melahirkan satu inisiatif mewujudkan penarafan "Green Hotel", selain dari penarafan bintang.
Untuk pengetahuan, semua peserta taklimat tadi akan dilantik sebagai panel pemeriksa bagi penilaian kepada penarafan "Green Hotel", dan jika ada peluang, wa akan mewakili Jabatan wa sebagai antara pemeriksa yang dilantik oleh MOTOUR (Ministry of Tourism Malaysia).
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Green Hotel, kau orang leh click kat Green Hotels .



No comments:
Post a Comment