Flickr

Plastic surgery, K-POP

| 18 February 2012

Artis Korea memang cantik cantik, handsome belaka....

  







Ahha...kalau kau orang tergila2kan sangat artis artis korea tu...baik pikir dua tiga kali...mungkin seratus kali lebih baik...Memang diorang semua nya cantik2..kalau tengok yang pompuan nya, pergghhh boleh cair hati...cantik macam dalam animasi jepun....mata nya bulat2...kulitnya cantik2...kalau yang lelaki pulak, bentuk muka dia macam model..ada shape, mata terbuntang luas, no more sepet2....Tapi sedar tak kau orang yang sebenarnya orang2 korea typically bukan macam tu...Orang korea asalnya bermata sepet, sama macam orang cina...tang kulit tu, memang kulit diorang cantik lah secara semula jadi...mungkin sebab penjagaan makanan yang teratur, kurang makan makanan berminyak....berbanding macam orang2 kita kat Malaysia ni...

Jadi kenapa artis korea cantik2, handsome2? Wa bukan nak menuduh ye tapi dari pembacaan wa yang x seberapa ni, didapati kebanyakan rakyat korea (baca sebagai Korea Selatan) terlalu obses dengan pembedahan plastik...Korea merupakan negara kedua terbesar yang melakukan pembedahan plastik, selepas Hungary ....perghhh dan secara x langung kita boleh simpulkan bahawa majoriti rakyat korea, termasuk artis2 nya gemar melakukan pembedahan plastik....Kat sana, murah ke kalau nak buat pembedahan plastik? Wallahualam....

Pembedahan plastik, untuk kes-kes tertentu memang bagus, contohnya apabila seseorang terlibat dengan kemalangan sehingga berubah dari segi fizikal diri. Bila tidak di lakukan pembedahan, boleh menyebabkan pesakit mengalami keyakinan diri yang sangat rendah, kemurungan melampau akibat perbezaan fizikal diri dengan orang lain yang normal..Tapi, apabila pembedahan plastik dibuat untuk mengubah ciptaan tuhan yang sememangnya sempurna, ianya sangat bertentangan dengan ajaran agama. Pembedahan plastik, mungkin pada mulanya tidak menampak kan kesan ketara pada diri, tapi mungkin lama kelamaan akan memberikan kesan yang buruk akibat perubahan perubahan sekeliling, cuaca contohnya, atau pengambilan ubat2 yang mungkin meyebabkan reaction...siapa tahu kan? 

Ada satu kisah dari Korea jugak, seorang perempuan bernama Han Mio Ki yang waktu tu berumur 28 tahun x puas hati dengan wajah dia, jadi dia pon mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan plastik di Jepun. Doktor di sana enggan untuk melakukan pembedahan plastik ke atasnya atas sebab beliau mempunyai masalah psychiatric disorder. Balik semula ke Korea, beliau mencari doktor yang sanggup untuk buat pembedahan plastik ke atasnya dan apabila telah dijumpai, pembedahan pun dilakukan dan doktor tersebut telah membekalkan silikon dan syringe untuk injection. Apabila bekalan silikon habis, beliau menyuntik minyak masak pada wajahnya dan hasilnya seperti pada gambar kat bawah ni.







Gambar Han, sebelum pembedahan plastik dilakukan.

Jadi, sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan plastik, fikirlah banyak kali serta kesan2 yang mungkin timbul suatu hari nanti...Bagi muslim, ingatlah, mengubah ciptaan Allah adalah haram hukumnya bagi kes2 yang macam kat atas ni...Kita tengok 20 tahun akan datang, adakah muka2 artis korea ni lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukan sebarang pembedahan plastik...Orang putih kata, wait and see....

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter