Flickr

Kisah Bulan Puasa

| 22 August 2011

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,”

kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.

Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dantunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengahsujud fikir aku.
“Kenapa?” tanya Abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
“Kepala hotak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,”
sambung Abah memaki lagi......
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.......

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter