Flickr

Aktiviti amal

| 18 October 2010

Aku nak citer sket pasal aktiviti aku baru2 ni bersama kawan bek aku, firdaouse n Najib serta kawan2 yang aku baru kenal. Baru2 ni, kitaorang ada wat satu aktiviti amal kebajikan, membantu keluarga susah di kawasan sekitar batu berendam, melaka. Aku macam tak percaya plak ada keluarga daif yang serba kekurangan di negeri melaka yang serba mewah nih..boleh la aku cakap mewah pasal ape..kat sini, shopping complex melambak2..pasaraya2 besar merata2..mewah ler tu..bermaksud rakyat negeri melaka suka membeli dan membelah (ke saje jalan2 kat shopping complex?whuahaha)...

Aku baru je kenal 7 orang lagik tu..tak tau pon sape dorang..kenal atas kawan je..tak kesah ar..meramaikan kawan kan? dorang pakat wat amal jariah so aku join je la..lagipon memang aku teringin nak join xtvt mcm ni...10 Oktober 2010 jam 9 pagi, masing2 dah berkumpul kat food court tesco melaka untuk sesi taklimat dan juga breakfast. Yang tak tahan tu..masing2 dah sediakan tema baju...mesti pakai baju kaler itam..aku pon tak tau ape simboliknya kaler itam ni untuk aktiviti2 mcm ni..mane aku nak cekau baju itam?godek punya godek dalam almari, seb bek ada satu t shirt puma kaler itam..sebat je laa...

Sampai tesco, ada sket taklimat latar belakang rumah yg nak gi tu, n sesi perkenalan diri yang sangat la simple..masa sampai tesco, dorang sumer dah beli barang2 keperluan dapur dan baby macam beras..pampers and mcm2 lagi la..kita orang (aku , daouse n najib datang tak bawak ape2 pon..hehehe)..dalam kol 10..masing2 gerak ke batu berendam...on the way, sempat la beli buah duku...dari tak bagi ape2 kan??

Sampai la ke kawasan batu berendam..alaa bukan jauh pon dari tesco ke airport sana..dlm 15minit sampai laa..masuk satu lorong ke kawasan kampung (sepanjang umur aku hidup di melaka..tak pernah pon explore kawasan ni)..berbelok2 jugak..pening pale nak ingat untuk jalan kuar kang..kat sini merupakan satu perkampungan yang nampak macam serba kekurangan..hurmm teringat lak zaman aku kecik2 dulu..sangat ler susah..tingkap bilik just cover guna kain je..bilik air tak de pintu..rumah kecik..(lap air mata jap)...

Kedatangan kami disambut ngan senyuman kanak2 kat situ, seorang kakak dalam umur lingkuangan 40an berdiri depan pintu dengan anak pompuan kecik berada kat sebelah dia..imagine je la yer?di halaman rumah yang nampak disapu bersih tiap2 ari, budak2 kecik tengah bermain2..masing2 pandang ke kereta najib (najib bawak honda odessey..aku tumpang je)..maybe tak pernah tgk kereta mewah masuk kampung tu kot..agak jer..memandai je aku..hurmm..keadaan rmah memang serba kekurangan...si daouse kata mcm rumah kotak...kalau ler kakak tu dengau..kecik ati dia...kami dijemput masuk...air memang dah tersedia ada...sebenarnya kami diajak duduk di bahagia dapur sebab memang takde ruang tamu..rumah tu terbahagi kepada dua bahagian...dapur dengan satu bilik yang sempit...cuba bayangkan dengan anak yang tujuh..kat mana nak tido tuh? lagi dasat bila si daouse tanya aku.."Mcm mana dorang nak main tuh?" celaka nya soklan..tpi ada betol jugak tuh..biarlah..urusan peribadi..

Kami interview pasangan somi isteri tu macam pendakwaraya menyoal pesalah lak..bertubi2 soklan...dari soklan kerjaya, pendidikan anak2, bantuan kewangan, politik kampung sampai le kepada sukan SUKMA melaka yang baru2 ni berlangsung tuh..Aku dimaklumkan, abg X (Banyak2 soklan..terlupa lak nak tanya nama somi isteri nih) masih boleh bekerja berat..dulu penah keje kontrak (construction laa) wat rumah banglo..masa ni tak sangka lak yang rumah banglo yang dia sebut tu adalah jiran aku..betol2 depan rumah..tapi dia kene tipu ngan boss..gaji xdapat...trus dia bla...pastu wat keje2 ringan cam kutip buah rambutan, pungut sampah kat area yang nak menghala ke stadium hang jebat tu..ape ke nama ntah..(malu je jadik org melaka kan?)..tapi kan..walaupon dia kata leh wat keje berat..aku macam tak bape percaya je..ye ler ngan fizikal dia yg kurus tu...muka cengkung (harap2 dia bukan penah menagih dadah)..leh ke amek benda berat2..adoi..kesian la plak..dari gaya cakap dia..penuh sopan,lembut je (bukan aww)..suka aku dengar...OK..biar org lain interview plak..aku nak gi belakang rumah..meninjau apa yg leh ditinjau..

Kat belakang rumah, semak2 berlumba2 nak masuk dalam bilik yang satu tuh..Rumah ni terletak di bawah bukit..terlintas dalam kepala aku kalau2 banjir besar berlaku kat kampung ni, agak2 macam mana la rumah dia nanti? dari jauh..aku perati ada sorang budak pompuan dok kat buaian sambil termenung jauh dan membelakangkan rumah...sayang aku tak bawak SLR aku..sebab aku suka kalau dapat amek gambar dia..mesti ada sentimental value..sayang sekali..hurmmm...kat belakang rumah, semak memang tinggi..kalau ler aku tau mcm ni, dari awal lagi aku bawak mesin racun rumput bapak aku...si daouse masa awal2 beriya2 nak bawak mesin rumput..sebab ni first time aktiviti macam ni aku join...aku jadi mcm tak percaya la tindakan dia..takkan nak bawak mesin rumput, nak cat rumah time tu gak?? dalam kepala aku, ingatkan cuma kasi sumbangan duit dan hamper je...rupanya salah sama sekali..

Jam 12 lebih menghampiri pukul 1petang,lepas borak2 panjang..tak lupa jugak gurau2 yang memanjang (asek gelak aje)...kami pon ramai2 beredar..tapi sebelum pulang...kami bergambar dulu..ni gambar2 yang aku sertakan..agak blur jgak la...



 Masa ni tengah berkumpul kat food court Tesco Melaka dan sesi perkenalan.


 Kakak ni ramah dan bhasa dia pon ok, tak mcm org melaka yg tipikal...


 Ni la ruang tamu merangkap dapur serta bilik tidur..


 Comel dan comel si kecik tuh.


 6 orang anak..tapi si daouse kata 7..ada sorang lagi yg lelaki..ntah mane ntah..


 Dari pandangan sudut bilik


 Rumput berlumba2 masuk ke dalam bilik..xde makanan dalam bilik ni la encik rumput..gi men tempat lain !!


 Men tampal2 je ngan plywood and zink..ni sumer dapat dari rumah kongsi..


 Nampak tak kesan anak2?alamak gambr kecik plak..


 Ni kat belakang rumah..daif kan?


 Baju2 ni sumer org kasi laa kot..pakai je la mane yang ada dik..kami difahamkan anak2 kecik ni faham penderitaan keluarga.


 Gambar ni patot letak kat atas sekali tapi tak tau camne nak edit..ni masa sampai.


 Keadaan belakang rumah..time ni masing2 nak bergotong royong..tp perralatan x cukup.


 Parang pinjam dari tuan rumah...larat ke ko tebas bang..hehehe


 Keadaan di luar bilik air..bilik air adalah separa terbuka dan berada di luar


 Aku join program ni pon sebab pompuan ni kawan si daouse (yg kecik sket tuh)..n daouse lak ajak aku..


 Sesi sumbangan hampers yang tak seberapa dari kami (tumpang sekaki aje la yer)..


Last sekali..gambar geng2 lelaki..aku yg paling tinggi tuh..


Dalam kereta..aku bisik kat daouse.."kita patut wat tindakan susulan lepas ni..program ni tak boleh berakhir mcm tu je"..

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Photography is my passion

Photography is my passion

My beloved baba and mak

My beloved baba and mak
Powered by Blogger.

My memories

My memories

You're beautiful but you're weak

You're beautiful but you're weak

Thinking of my future

Thinking of my future

About Me

My photo
nothing interesting about me..

Followers

Website counter